Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3 2021)

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3). Drama baru iaitu drama 'Sabarlah Duhai Hati' akan mula ditayangkan pada 28 April 2021 ini. Antara pelakon yang terlibat adalah Saharul Ridzwan dan  Amyra Rosli. Drama ini juga diadaptasi dari karya Mimie Afinie akan mengisi slot Akasia TV3. 

Drama sabarlah duhai hati akan menggantikan drama Tak sempurna mencintaimu yang telah tamat tayangannya.

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3 2021)


Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3) 

Drama ini mengisahkan tentang Fira yang mengambil tanggung jawab untuk menjaga adiknya yang mash kecil lepas kematian ibu dan bapanya. Affan pula rakan lama Fira. Dia memilih Fira sebagai teman hidupnya kerana dia tidak mahu mengikut pilihan neneknya. 


Fira pula tidak sukakan Affan selepas satu peristiwa yang memalukan berlaku terhadap mereka. Namun akhirnya dia menerima lamaran tersebut. Selepas berkahwin, pelbagai dugaan yang mereka hadapi sehinggakan membuatkan Fira melarikan diri. 


Disebalik ujian dan tentangan orang luar dekat keluarga kecil mereka, mampukah Fira dan Affan membina bahtera kebahagian mereka atau sebaliknya? 


Nak tahu, kena tengok sampai habis lah cerita ni.


Senarai Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Saharul Ridzwan membawa watak sebagai Affan dan Amyra Rosli sebagai Fira. Selain mereka, Aiman Badrul sebagai Danish. Puteri Sarah Liyana sebagai Dian dan Izzue Islam sebagai Nazim

Iman Suhana juga berlakon dalam cerita ni tau. Dia bawa watak sebagai sebagai Nadia. Fadilah Mansor sebagai Opah dan Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul


Drama ini memliki 35 Episod kesemuanya. Ia akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga ahad. Jangan lupa tengok tau! 

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post