Header Ads

 Sinopsis Drama Cukup Derita Itu (TV3 2021). Sebuah drama baru drama 'cukup derita itu' yang sedang di tayangkan di TV3. Antara pelakon utama dalam cerita ni adalah Ruhainies dan juga Hisyam Hamid. Ruhainie membawa watak sebagai Ellani manakalah Hisyam pula membawa watak sebagai Zafrul.

Ellani ni ada kembar tau nama dia Ellana. Macam mana agaknya hubungan kekeluargaan mereka ya?

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu (TV3 2021)

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu (TV3 2021)

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. 


Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. 


Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. 

Zarul Akhirnya menjadi suami kepada Ellani..

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.


Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.


Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?



Previous Post Next Post