Header Ads

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard. Drama baru iaitu drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard ini telah mula ditayangkan mulai 15 Mei 2021. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Redza Rosli dan juga Sharifah Rose. 

Drama ni ada 20 Episod dan di arahkan oleh Niezam Zakaria. Drama ni cerita pasal bekas pengawal peribadi yang mencuba nasib bekerja di kampung.

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard





Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

Hana Aralyn merupakan anak kepada Datuk Yusof. Datuk Yusof dulunya ada pengawal peribadi bernama Hadif Akashah. 

Selepas berkhidmad, Hadif pulang ke kampung untuk menjadi penternak kambing. Namun begitu Hana mendapat tugasan khas dari ayahnya untuk mencari Hadif.

Dari situ dia cuba mendapatkan rahsia dari Hadif yang disimpan lama oleh jejaka tersebut. Dia sanggup tu, ikut hadif kemana-mana saja dan sanggup buat kerja-kerja ladang demi mendapatkan apa yang dia nak.

Kedua-dua mereka ni boleh dikatakan macam anjing dan kucing. Asal jumpa saja mesti gaduh. Tapi lama kelamaan, hati itu mula berputik rasa cinta.

Mampukah Hana mendapat apa yang dia nak atau Hadif akan keras kepala dengan pendiriannya untuk menjaga rahsia tersebut?

Kalau nak tahu, kenalah tengok drama ni sampai habis. 

Waktu Tayangan Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard.

Drama ini mula ditayangkan pada 15 mei dan ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga sabtu pada jam 9 malam.

Jangan lupa tengok yer!


Previous Post Next Post