Header Ads

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi (TV3 2021). Drama lakonan Khai bahar iaitu drama kisah cinta rumi ni tengah hangat di tayangkan di tv3. Ramai yang tengok cerita ni. Selain Khai bahar, Reina Diana juga merupakan pelakon utama dalam drama ni.

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta runisa dan Mika yang diuji dengan pelbagai ujian ini? jom sama-sama kita saksikan.

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi (TV3 2021)


Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi (TV3 2021)

Drama ini mengisahkan tentang Mika. Sejak kecil, Mika diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari mata pendapatan dengan apa jua cara pun. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. 

Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal. Runisa, seorang gadis yang baru berumur 23 tahun tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status. 

Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa telah membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza, ibu Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini.  

Dalam cerita ini, Khai Bahar membawa watak sebagai Mika dan watak runisa pula di bawa oleh Riena Diana.

Kalau korang dah tengok cerita ni memang nampak kehidupan mereka berdua ni sangat jauh berbeza. seorang dalam keluarga yang terlibat dalam jenayah dan seorang lagi dalam keluarga biasa.

Tak sabar nak tengok sempai episod akhir drama kisah cinta rumi ni. Korang pun tengok lah ya..




Previous Post Next Post