[DRAMA AKU PILIH BAHAGIA]. Hai korang, ramai tak peminat pelakon emma maembong dan Fizz Fairuz? Mesti ramai kan. Aku nak bagitau ni ada drama baru lakonan dua pelakon ini akan ditayangkan di TV1. Drama ini merupakan drama di adaptasi dari sebuah novel karya Umie Nadzimah. Drama apa ya agaknya ni? Jom baca info dan sinopsis drama aku pilih bahagia dekat bawah ni ya. 


DRAMA AKU PILIH BAHAGIA (RTM  TV1)


INFO DRAMA AKU PILIH BAHAGIA (RTM  TV1)

Berikut budak gemuk kongsikan sinopsis drama aku pilih bahagia dan juga senarai pelakon yang ada dalam drama ini untuk bacaan anda.

SINOPSIS AKU PILIH BAHAGIA

Drama ini mengisahkan tentang hidup suami isteri, Dhiya dan Aidan. Kehidupan mereka bahagia selepas berkahwin selama 4 tahun sehinggalah muncul Humaira iaitu bekas tunang dan juga cinta pertama Aidan.

Kekurangan Dhiya yang tidak mampu melahirkan anak menjadi punca dia diletakkan dalam keadaan rasa bersalah.

Akhirnya Dhiya minta untuk dilepaskan.

Hidupnya terus terseksa dan dia tidak mudah untuk hidup tanpa insan bernama Aidan. Mujur ada Dzikri. Dhiya kembali bersemangat untuk terus hidup.

Selepas Dhiya stabil dengan kehidupannya, Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan Isteri. Pada masa yang sama dia tahu Aneesa juga mempunyai perasaan terhadap Dzikri.

Dan nak dijadikan cerita, Aidan kembali dan mahu berbaik semula dengan Dhiya. Kehadiran anak mereka Maream menjadi penyebab pertemuan semula itu.

Persoalannya sekarang, Dhiya pilih Dzikri atau Aidan ?

Senarai Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia

Bagi yang tak tahu,drama ini mempunyai 30 episod dan di arahkan oleh Bade Hj Azmi. Watak Dhiya di lakonkan oleh Emma Maembong manakala watak Aidan di lakonkan oleh Fizz Fairuz.

Alvin pula berlakon sebagai watak Dzikri Hafiy dan Bella Dally sebagai Humaira.

Pelakon lain yang terlibat adalah Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera , Yaya Maembong, Meor Mohd, Raja Azmi




Post a Comment

Previous Post Next Post