Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir

Hai korang! Tak lama lagi akan ditayangkan drama Anak Sena yang merupakan sebuah drama baru. Drama ini dijangka akan ditayangkan untuk slot lestari di tv3. Ia diterbitkan oleh Kembara Sufi. Antara pelakon yang terlibat adalah Shasha Abedul, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah. Tak sabar nak tengok cerita ni. Secara amnya cerita anak sena ini mengisahkan tentang kehidupan dan pengorbanan seorang guru yang mengajar orang asli di sebuah kampung orang asli di pendalaman. Jom kita baca maklumat drama anak sena di bawah.

Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir


Info Drama Anak Sena Lakonan Shasha Abedul

Hanya ada 8 episod untuk ditayangkan dan dijangka pada bulan lapan 2021 nanti akan bermula siaran drama ini.

Aku bocor rahsia watak-watak dalam drama ni sikitlah yer. Ben amir akan membawa watak sebagai cikgu amir. Ruzaidi abdul rahman sebagai Tok sena. Hadi putra pula sebagai Tok Sena. 

Farah Ahmad sebagai kiambang dan Nadia Aqilah sebagai kuntum. Unikkan nama watak dalam cerita ni. memang lain dari yang lain.

Selain itu, kita ada Shasha Abedul (Fatin), Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Sera Melissa, Akmal Ahmad, Azwan Ali dan Danish Iskandar.

SINOPSIS ANAK SENA

Macam aku cerita tadi, drama anak sena ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang guru dalam membimbing anak masyarakat Orang Asli di sebuah perkampungan orang asli di Malaysia.

Wadi seorang pelajar anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam sukan. Gurunya, Cikgu Amir cuba untuk mencungkil bakat dimiliki pelajar itu.

Namun budaya dan adat masyarakat setempat menjadi persoalan sama ada membenarkan atau tidak.

Kalau nak tahu keseluruhan drama ni, korang kena tunggu tarikh tayangannya nanti ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post