Drama Assalamualaikum Mustafa, Pelakon Syazwan Zulkifly dan Che Ta (2021)

Hai semua, drama baru iaitu drama Assalamualaikum Mustafa telah mula ditayangkan di TV9 sejak 5 Mei 2021 lagi. Mesti ramai yang dah tengok cerita  assalamualaikum mustafa ni. Antara pelakon utamanya adalah Adib Haziem sebagai Amar, Kazar Saisi sebagai Atok Budin, manakala Rozita Che Wan sebagai Aishah dan Syazwan Zulkifly sebagai Paksu Harris.

Drama 13 episod ini memang menarik dan seronok di tonton. drama ini juga lebih ringan dan mudah untuk di adaptasi dalam kehidupan seharian kerana
penuh dengan pengajaran.

Drama Assalamualaikum Mustafa,

Sinopsis Drama Assalamualaikum Mustafa

Mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung. 

Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. 

Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali. 

drama-assalamualaikum-mustafa


Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman tidak seperti dia yang datang dari bandar. Amar sentiasa melihat Atok Budin bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya. 

Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa. 

إرسال تعليق

أحدث أقدم