Header Ads

Drama Budak Tebing 2 Lebih Menarik dan Penuh Konflik.

Hai semua, Ramai tak peminat drama budak tebing ? Mesti ramaikan sebab budak tebing merupakan antara drama yang viral satu ketika dahulu.

Kini drama budak tebing 2 akan mula menemui penonton pada 18 Jun 2021 di Tv3. Antara pelakon utama yang masih kekal dalam cerita ini adalah Adam Lee, Bella Doawana, Aedy Ashraf , Eka Farhana dan juga Fariz Isqandar.


Drama Budak Tebing 2


Sinopsis Drama Budak Tebing 2

Budak Tebing 2 merupakan kesinambungan dari drama musim satu yang lalu. Dalam episod akhir korang perasan tak yang Laura dapat tawaran ke London. 

Tapi dia tak jadi nak pergi dan pada masa yang sama Laura cuba mencari ibu kandungnya. si Ira pula aktif membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Kes apa pula yang cuba dibawa kali ini? sama-sama kita nantikan.

Pengarah drama ini mengatakan, muism kedua budak tebing masih sama cuma dari segi kematangan watak-watak dalam cerita ini. Ditambah pula dengan kehadiran pelakon seperti fauzi nawawi dan Pablo Amirul menguatkan lagi jalan cerita budak tebing 2 ini.

Senarai Pelakon Budak Tebing 2.


Antara pelakon yang terlibat adalah Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Imran Aqil, Zarina Zainuddin.

Tak sabar pula nak tengok sambungan cerita ni kan. Harapnya makin viral lah yer.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post