Header Ads

Drama Ratu Tenpin Lakonan Elisya Sandha dan Syaidatul Afifah

Drama Ratu Tenpin Lakonan Elisya Sandha dan Syaidatul Afifah. Tak lama lagi sebuah drama baru bertajuk Ratu Ten pin akan mula ditayangkan. Drama terbitan JS Pictures dan diarahkan sendiri oleh Azman Yahya dijangka akan menemui penonton pada tahun 2021 ini. Aku rasa ini kali pertama ada drama berkaitan sukan Tenpin Bowling ni kan. Sukan bola sudah, sukan badminton pun sudah, acara balapan pun sudah. jadi rasanya ini yang pertama di buat. Siapakah pelakon drama ratu tenpin ni? Mesti ramai yang tak sabar nak tengok.


Drama Ratu Tenpin Lakonan Elisya Sandha dan Syaidatul Afifah




Tak tahulah best ke tidak kan. kita tunggu tayang dia macam mana ya. 

Tonton Drama Ratu Tenpin Full

Elisya sandha membawa watak sebagai Norma. Syaidatul Afifah sebagai Sandra, Fify Azmi sebagai reezs dan Hazeeq Dean sebagai Khalid.

Syaidatul Afifah merupakan atlet bowling kebangsaan tau. Macam manalah agaknya bila atllet berlakon. hehe. mesti best kan. 

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Fify Azmi, Sheila Rusly, Nazim Othman, Hazeeq Dean, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Lisdawati

SINOPSIS RATU TENPIN 

Drama ratu tenpin ini mengisahkan tentang tiga orang perempuan yang mempunyai cita-cita menjadi Ratu Tenpin Negara. Norma seorang gadis dari keluarga susah. Di kampung dia terkenal kerana kehebatan bermain boling. Selepas menjangkau usia dewasa dia bepindah ke Kuala Lumput untuk bekerja dan nasibnya berubah lepas dia menjejak kaki ke pusat boling.. 


Reesz yang datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara boling, Maznah menaruh harapan tinggi agar Reesz mengikuti jejak langkahnya. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih.


Sandra pula mempunyai pengalaman yang paling banyak di antara mereka bertiga dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan. Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, dia sudah terbiasa untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.


Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan boling walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap dan agendanya yang tersembunyi ini boleh menjadi halangan untuk merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan boling nanti. 

Mampukah mereka mencapai gelaran ratu tenpin boling negara?

Setakat ini, drama ini berkisar mengenai kehidupan atlet ten pin bowling sama ada ketika sesi latihan atau pertandingan. Turut sama di dedahkan mengenai kehidupan peribadi mereka.

Serius drama ni memang lain dari yang lain. Korang yang minat permainan ten pin boling mesti tak mau lepaskan peluang tengok cerita ni kan.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post