Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Apreena Manrose (TV3)

Drama BARU!! Drama Hatimu Sedingin Salju yang akan ditayangkan pada 24 June 2021 ini. Bagi peminat drama melayu, drama Hatimu Sedingin Salju akan ditayangkan di slot Akasia TV3. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. 


Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Apreena Manrose (TV3)


Drama ini akan menggantikan drama masih ada rindu yang telah tamat tayangannya. Macam manalah agaknya jalan cerita drama baru ni?

Tak sabar pula nak tengok. 

Drama HATIMU SEDINGIN SALJU

Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan arahan Bahri Uma. Hisyam Hamid membawa watak sebagai Arman dan Apreena pula sebagai Rania.

Selain itu, kita ada pelakon Hafeez Mikail sebagai Nabil dan Bella Dowanna sebagai Syena.

Mengisahkan tentang Arman (Hisyam Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania (Aprena Manrose) selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.


Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.


Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.


Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.


Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Pelakon-pelakon

Selain pelakon Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna, antara pelakon utama dalam drama hatimu sedingin salju ini adalah Fadlan Hazim, Mustafa Kamal, Zila Bakarin, Maria Farida, Rahim Jailani, Scha Eliana , Khaty Azian , Idzham Ismail, Malek Mccrone, Ziema Din dan Hilman Alef. 


Post a Comment

Previous Post Next Post