Keluarga Instafamous Dibintangi oleh Ajak Shiro dan Kazar.

Korang yang tonton Awesom TV!! Jangan lupa tengok drama Keluarga Instafamous, pada setiap Khamis hingga Ahad, jam 9:00 malam. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Ajak dan Reen Rahim tau. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan keluarga seorang instafamous yang penuh dengan dugaan dan cabaran. 

Drama KELUARGA INSTAFAMOUS Lakonan Reen Rahim dan Ajak Shiro

Drama ini mula ditayangkan pada 13 June 2021 dan bersiaran pada hari khamis hingga ahad tau! Pengarah cerita ini adalah Muhammad Adlan Shaharir. 

Watak-watak dalam drama ini terdiri dari watak zali yang dilakonkan oleh Ajak. Kiki dilakonkan oleh Reen Rahim dan Usop pula dilakonkan oleh Ezrin Loy.

Keluarga Instafamous Dibintangi oleh Ajak Shiro dan Kazar.


Selain itu kita juga ada Alya yang dilakonkan oleh Riesha Aslan dan Qistina Raisah pula membawa watak sebagai Nur.

Penampilan istimewa pelakon lain seperti Kazar Saisi, Tisya, Jiggy, Acong Sweetchild, Zalif Sidek, Amyza Adnan, Bell Ngasri, Armada Ammar, Salleh Yaakob, Haneesya Hanee

Drama Keluarga Instafamous ini mengisahkan tentang Zali dan keluarganya yang hidup dalam kemewahan dengan menjadi seorang Instafamous. 

Satu Malaysia menyukai keluarga Zali dan keluarganya serta video-video mereka di sosial media meraih berjuta tontonan. 

Namun, disebalik dunia glamour dari Youtube, Tik Tok dan Instagram, mereka sebenarnya sama seperti keluarga lain yang mempunyai isu masalah sendiri yang perlu di selesaikan.

Dapatkah mereka menyelesaikan masalah mereka tanpa pengetahuan peminat? Sama-sama kita saksikan.


إرسال تعليق

أحدث أقدم