Header Ads

Ringkasan Drama Love Elsa Episod 8 Full

Ringkasan Drama Love Elsa Episod 8 Full. Aku dah mula layan drama ni. Nampak macam best jer. hehe sebab tu aku layan. Semalam dah ditayangkan episod ke lapan. jadi aku ada buat ringkasan sikit untuk bacaan korang. Untuk pengetahuan semua, pelakon utama dalam drama ini adalah Zul ariffin dan Uyaina Arshad.


Ringkasan Drama Love Elsa Episod 8 Full


Ringkasan Drama Love Elsa Episod 8 Full


Amara call reza lepas reza hilang. Reza kena culik dan dia di pukul dalamgudang yang gelap. Kamarul yang culik dia. 

Lepas gengster kamarul pukul reza, diorang hantar balik Reza ke rumah dia. Tujuan dia buat macam tu hanya nak gertak reza supaya tak siasat lebih-lebih apa yang jadi dekat syarikat tu.

Kamarul dan bapa dia kan takut tembelang mereka akan bocor, jadi diorang buatlah macam ni.

Amara tak sedap hati sebab dia tunggu reza tak muncul-muncul. Nasib baik ada uncle mara tolong angkat reza.

Diorang jumpa reza dekat tempat parking di kawasan rumah dia.

Reza sedar lepas lama pengsan. Lepas tu Amara tolong rawat reza di rumah reza. Tiba-tiba dia tersentuh dan dia nampak apa yang berlaku pada reza malam tu.

Amara takut dan dia tak mau Reza terlibat dalam keadaan macam tu lagi. Reza pun tak mau siasat dan tak mau ada kena mengena dengan syarikat papa dia lepas ni.

Lepas beberapa hari, Reza tekad untuk kembali dapatkan hak dia. Cumanya kali ini dia lebih berhati-hati. Dia minta tolong uncle Zamir dan amara sendiri.

Syaf pula didera dan di bunuh dengan kejam dan mayatnnya di gantung di dalam hutan. Polis kata dia bunuh diri tapi sebenarnya tidak.

Uncle zamir suruh buat post motem tapi kena ambil pengesahan ahli keluarga terlebih dahulu. 

Uncle zamir mula risau dengan Amara sebab orang yang dekat dengan reza akan mati. Uncle zamir takut amara jadi mangsa seterusnya.

Reza, Amara jumpa kamarul di tanah perkuburan ketika pengebumian Syaf. Kamarul terkejut bila dia dapat tahu reza report polis mengenai kejadian yang menimpa Syaf.

Kamarul kata kematian Syaf sebab bunuh diri, tapi reza dan amara kata kita tunggu result postmotem nanti.

Uncle zamir minta bantuan Elyas bapa amara untuk keselamatan Amara. Uncle zamir minta Elyas suruh Amara pindah secepat mungkin.

Amara pula sanggup rendahkan ego dia untuk jumpa bapa dia minta untuk tinggal di rumah tu sementara waktu.

bersambung

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post