Header Ads

Scammer Lakonan Siti Saleha dan Kamal Adli.

Scammer Lakonan Siti Saleha dan Kamal Adli. Aku dah tengok drama Scammer lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha. Drama ni dah mula ditayangkan pada 24 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam hanya di Astro Ria.

Drama ni mempunyai 20 episod saja dan di arahkan oleh Norhanisham Muhammad (Labu). 

Sinopsis drama scammer ini mengisahkan tentang Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. 

Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. 

Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit. Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka

Scammer Lakonan Siti Saleha dan Kamal Adli.


Scammer Lakonan Siti Saleha dan Kamal Adli.

.


Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara. 


Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan. Joe dan Amy terima ‘job’ itu. 

Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu. Tetapi kegiatan mereka mula dihidu polis yang bernama Darus dan Tahir. Darus ugut akan tangkap Joe jikalau dia enggan beri kerjasama. Khuatir dipenjarakan, Joe dedahkan maklumat dan lokasi duit-duit haram Wong disimpan.

Tanpa disangka-sangka, Darus dan Tahir adalah penipu yang menyamar menjadi polis dan situasi tambah gawat apabila semua duit halal milik Wong telah hilang dicuri. Nyawa Joe dan isterinya dalam bahaya. Wong beri Joe masa 48 jam untuk cari semula wangnya yang telah hilang itu!

Senarai Pelakon

Antara pelakon scammer adalah Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Wan Raja, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Kak Girl, Uchee Fukada, Wan Raja, Mizie Ahmad, Amanda Misbun, Rahim Jailani, Nor Albaniah 


Drama ni memang menarik sebab lain dari yang lain. AKu dah tengok dan aku rasa kalau mula tengok mesti susah nak berhenti punya lah.


Disebabkan siti saleha ada, lagi best jalan cerita dia. hehe. Jangan lupa tonton tau.



0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post