Sinopsis Filem Chomel

Filem trending, CHOMEL||| Sebuah filem baru yang ditayangkan di astro first pada tahun 2021 yang lalu. Filem ini bersiafat kekeluargaan dan telah ditayangkan pada 24 jun 2021 yang lalu. kini ia diulang siar pada 9 september 2023 di saluran astro citra tau.

Selain itu, anda boleh tonton secara strimming di Astro GO dan On demand juga ya. Betul ker comel ni berkisar pasal kucing jer? Takkan kucing berlakon filem pulak? jom kita baca sinopsis di bawah ya.


Filem Chomel



Sinopsis Chomel lakonan Zahiril Adzim

Filem ini mengisahkan tentang Mimi yang seorang kanak-kanak cerdik berusia 9 tahun, mengalami kecelaruan fikiran setelah kematian ibunya. 

Mimi sedih sebab di ketepikan oleh kakanya dan juga kawan diva girlz. Lebih sedih bila dia sendiri melihat neneknya bergaduh dengan ayahnya. Puncanya adalah nenek mahu ambil hak penjagaan mereka berdua dari ayah mereka.


Keesokan harinya, Mimi terjumpa seekor kucing terbiar yang bernama Chomel, dan membelanya dengan niat untuk berkawan dengan Diva Girlz.


Imran, terdesak atas sebab ketidakstabilan pendapatannya, berusaha untuk menjual hasil kerja batiknya. Walau bagaimanapun, kucing itu menghancurkan karya batiknya. 


Dengan penuh kemarahan, Imran menyuruh Nora untuk membuang Chomel. Tetapi Nora membelanya kerana Zain, seorang pelajar popular yang diminatinya, sayang akan kucing. 


Secara tidak sengaja - Nora, Mimi dan Diva Girlz mendapatkan jemputan untuk menghadiri parti Zain melalui Chomel. 

Sementara itu, karya Imran yang dianggap rosak dikagumi oleh seorang peniaga dalam bidang seni, Stefano. Stefano menjemput Imran untuk menghadiri majlis yang bakal memberi peluang yang besar untuk Imran berkenalan dengan pempamer tersohor Mr Chen.


Senarai Pelakon Filem Chomel (Astro 2021)


Pada malam parti Zain dan majilis Mr Chen, kesemua mereka hampir mencapai impian masing-masing: Nora dapat meluangkan masa dengan Zain, Imran dapat berkenalan dengan Mr Chen, Mimi dapat bersama dengan Diva Girlz. 


Malangnya, Diva Girlz melepaskan Chomel di parti Zain, lalu mencetuskan kekecohan. 


Kucing itu kemudian menghilangkan diri, dan dengan penuh panik Mimi merayau ke jalan raya untuk mencarinya. Nora pula terpaksa meninggalkan parti Zain, dan menemui Mimi di tepi jalan. Mimi dan Nora masing-masing melepaskan perasaan yang terpendam. 


Tiba-tiba, Nora tersedar yang mereka sesat, dan cuba untuk menghubungi Imran. Namun, Imran tidak menjawab panggilannya, dan tanpa pilihan lain, Nora terpaksa menghubungi Wan. 


Imran menyedari kelalaiannya, lalu bergegas ke rumah Wan di mana berlakunya konfrontasi antara Wan dan Imran. Wan menegaskan bahawa dialah penjaga yang berhak ke atas Mimi dan Nora, kerana Imran seorang bapa yang sangat lalai.


Di rumah Wan, Chomel memberi petunjuk ke Mimi untuk menjumpai gambar-gambar lama arwah ibunya. 


Ini menyebabkan Mimi mendapatkan idea untuk menyatukan keluarganya. Sewaktu pendengaran kes di mahkamah, sekali lagi kuching kesayangan mereka itu mencetuskan huru-hara. 


Akhirnya, Wan membatalkan kesnya, dan keluarga Mimi bersatu semula.


Info dan Pelakon


Antara pelakon yang terlibat adalah Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair, Azizah Mahzan, Douglas Lim, Adibah Noor, Aziz M. Osman, Nadia Aqilah, Indah Emeerlda

Airiara membawa watak sebagai mimi. Zahiril Adzim sebagai Imran manakala yuyun hikmah sebagai Nora.

Filem ini mengetengahkan tentang hubungan kasih sayang keluarga bersama haiwan kesayangan ramai, si meow.

إرسال تعليق

أحدث أقدم