Header Ads

SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK (ASTRO FIRST 2021)

[SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK] Satu lagi filem tengah hangat di Astro first. Filem yang di maksudkan adalah filem arwah pak mat, lif dan ajk. Ini merupakan filem yang di arahkan oleh Khir Rahman dan sudah mula ditayangkan sejak 10 june 2021 lagi. Kalau yang belum tengok boleh tonton dan langgan menerusi akaun astro masing-masing ya. 

SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK

Watak-watak dalam filemini adalah joey daud sebagai nordin, taukeh jambu sebagai Norman, Jalil hamid sebagai Pak Mat Tahir. Ropie pula sebagai shamsul, Man sebagai Mat be.

Pelakon lain yang turut sama menjayakan filem inia adalah Tapai Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Kimmy Low, Nizam Jentik-Jentik, Shendo Kiut, Sathia, Sheila Mambo, Douglas Lim.


SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK (ASTRO FIRST 2021)



JALAN CERITANYA BERMULA DENGAN..

Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu.

Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.

Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

Dapatkah Nordin menyelesaikan masalahnya itu? Sama-sama kita sakikan hingga habis ya.

Filem ini antara filem yang top 5 sekarang ni tau. Rugi kalau korang tak tengok! 


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post