Sinopsis Drama Love Elsa (Astro Ria 2021)

Hai semua! Hari ni aku nak kongsikan sinopsis drama Love Elsa. Drama ini sudah mula ditayangkan pada 15 Jun 2021. Korang mesti nak tau macam mana jalan cerita dia kan. Jom sambung baca sinopsis love elsa di bawah. Antara pelakon yang terlibat adalah Zul Ariffin dan Uyaina Arshad.  Waktu tayangan drama ni pula adalah pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam tau.

Sinopsis Drama Love Elsa (Astro Ria 2021)


Sinopsis Drama Love Elsa (Astro Ria 2021)

Untuk pengetahuan drama ini mempunyai 24 Episod dan di arahkan oleh Micheal Ang. Zul ariffin pula membawa watak sebagai Ridza Kim dan Uyaina Arshad pula sebagai Ammara.Antara pelakon lain yang terlibat adalah Azhar Amir, Ramona Zamzam, Nina Juren, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Mustafa Kamal

Jalan Cerita Drama Love Elsa.


Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Apabila Ammara menyentuh kulit manusia, dia akan melalui sesuatu yang tidak dapat dikawal. Disebabkan penyakit misterinya itu, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan. 

Muncul Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya. Ridza dibelenggu oleh kisah lalu apabila ibunya didapati membunuh diri. Secara tak sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan mula melihat masa silam Ridza. Ammara menggunakan ketidaksempurnaannya untuk menolong Ridza menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya.



Post a Comment

Previous Post Next Post