Drama Love Elsa Episod 21 Full. Dalam episod sebelum ini, imran kemalangan kan. Episod kali ini pula banyak cerita sedih. Uncle wahid meninggal dunia dan pada masa yang sama Kamarul melarikan diri lepas melanggar lari Imran. Dan paling sedih sudah pasti bila Imran meninggal dunia selepas koma seketika. Reza yang tengah honeymoon balik dengan amara untuk melawat imran dan diorang juga jumpa dengan mak imran. Di sinilah rahsia kematian mak  reza terbongkar. jom baca Drama Love Elsa Episod 21 Full di bawah ini ya.


Drama Love Elsa Episod 21 Full


Drama Love Elsa Episod 21 Full


Imran kena langgar dengan kamarul. Sofea call imran tak dapat, jadi dia mula risau. Dia cuba lagi dan orang ditempat kemalangan tu angkat call tu dan bagitau sofea imran kemalangan.

Amara cuba pegang tangan reza lagi dan kali ni dia tak nampak apa-apa. dia excited sebab tak pernah jadi macam ni. 

Madam qistina pergi hospital dan sofea bagitau yang Imran koma. 

Diorang call reza tapi dia tak angkat. At last, reza angkat juga dan madam qistina bagitahu yang Imran koma.

Reza dan amara terus balik KL. 

Uncle wahid pula meninggal dunia. madam qistina yang sampai dulu dan dia uruskan jenazah wahid. dia rasa bersalah sebab tak sempat minta maaf dekat dia.

Qistina bagitau amara dan reza yang uncle wahid meninggal dunia. Reza terkejut dengar berita kematian uncle wahid.

Pihak polis dah dapat punca kemalangan imran dan ia berpunca dari langgar lari yang dilakukan oleh pesalah kamarul.

Madam qistina bagitau reza dan amara mengenai punca kemalangan imran. reza dan amara terkeju bila dapat tahu puncanya dari kamarul. 

Reza rasa bersalah sebab dia memang yakin kamarul nak langgar dia tapi kebetulan masa tu Imran yang pakai kereta Reza.  Reza kata dia lah bawa sial dalam keluarga tu.

Reza pergi melawat Imran dan dia berjumpa dengan mak imran. Mak imran masih ingat dengan reza. Mak imran cakap semua benda berlaku ni sebab reza dan dia kata juga reza dan mak dia sama ja bawak sial.

Sebab mak rezalah dia bercerai dengan adam hakim dulu. Mak Imran cakap dia bunuh mak reza dan dia tulis surat nak bagi nampak macam mak reza nama maria tu macam bunuh diri. Lepas tu semua percaya. excited dia.

Reza tanya sebab apa mak imran buat macam tu? Mak imran kata dia tak menyesal dengan apa yang dia buat dekat mak reza tu. orang perampas memang layak kena mati ja.

Reza sedih sangat bila dia dapat tahu yang mak dia mati dibunuh bukannya bunuh diri. Dia dah penat nak hadapi semua benda ni. 

Sofea ceritakan apa yang berlaku dekat madam qistina. Terkejut madam qistina dengar cerita tu, tak sangka mak imran sejahat itu dia buat dekat mak reza. Madam qistina nak dakwa mak imran tu tapi sofea kata tak boleh sebab mak imran ada elzaimer.

Amara risaukan reza dan dia balik tengok reza dekat rumah nasib baik ada rauf tolong jaga reza. Uncle zamir datang melawat reza dan amara lepas dengar peristiwa yang berlaku. Dia risau dengan amara dan reza. 

Imran tiba-tiba kritikal di hospital. Imran meninggal dunia.

bersambung..


Post a Comment

أحدث أقدم