Drama Love Elsa Episod 22 Full. Hai korang, hari ni aku nak kongsikan mengenai episod 22 pulak. Bagi yang terlepas episod 21, boleh tengok di love elsa ep 21 ya. Dalam episod kali ini, Imran meninggal dunia. Mak Imran pula halau reza dari tanah perkuburan tu sebab dia kata Reza yang bunuh anak dia. Biasalah Mak imran pun bukan betul dah. Sofea nak jaga mak imran, tapi mak sofea tak bagi dia suruh bagi mak imran tu dekat waris terdekat dia untuk uruskan. Reza takut, apa yang berlaku dekat Imran akan terjadi dekat amara sebab kamarul belum di tangkap, jadi dia larikan diri ke Langkawi. jom baca kesemua Drama Love Elsa Episod 22 Full di bawah ini.


Drama Love Elsa Episod 22 Full


Drama Love Elsa Episod 22 Full

Reza termimpi mak dia. Dalam mimpi tu mak reza minta dia jangan berdendam dengan orang lain. Mak reza minta dia jadi lebih baik daripada bapa dia.

Terus dia terbangun.. Dia nampak amara tengah nangis sebab imran dah meninggal dunia. 

Lepas tu diorang pergi ke majlis pengebumian imran. Mak Imran kena rasuk dan halau reza dan amara. Dia kata reza bunuh anak dia si imran tu.Diorang pun balik semula.

Reza kata dia dah satu sama dengan mak imran sebab mak imran bunuh mak dia. sekarang imran mati sebab dia pula. kira dah sama dah sekarang ni. AMara kata jangan fikir bukan-bukan sebab mak imran tu sakit. 

Tuan elias dan uncle zamir singgah jumpa amara. Diorang nak tolong amara tu lepas reza keluar tak bagitau dekat dia. amara cerita apa yang berlaku dekat majlis pengebumian imran tu.sekarang ni rauf ikut reza kemana dia pergi.

Sofea jaga mak imran lepas imran meninggal dunia. 

Mak tuan elias dah bising lepas dia nak ceraikan Mona.Tuan elias nak tempatkan mona dan luth dekat rumah lama amara tu. Mona tak mahu, dia nak duduk hotel dan dia nak tuan elias beli rumah baru untuk diorang.

Sofea minta tolong pak cik imran bawa balik mak imran balik penang. Pak cik imran akan letak dia dekat rumah orang tua. sebab dia tak boleh nak jaga mak imran. 

Tuan elias pindah masuk rumah lama amara. Dia nak duduk dekat rumah amara lepas dia bercerai dengan Mona. Amara terkejut bila dapat tau yang abah dia dah bercerai.

Amara kesian dekat mona dan nenek dia. Tuan elias rasa semua orang tak kesiankan dekat dia. sekarang ni dia nak habiskan masa tua dia dengan amara pula.

Madam qistina datang rumah jumpa reza. madam qistina cakap pihak polis nak tangkap kamarul. Reza nak jumpa Sofea untuk ceritakan apa yang berlaku. 

Mona serang Amara sebab mesti dia suka lepas Mona dahbercerai. Mona tuduh amara punca dia bercerai dengan tuan elias.

Uncle zamir jumpa tuan elias dekat rumah amara tu lepas dapat tahu tuan elias pindah masuk rumah tu. Uncle zamir minta tuan elias jual rumah amara tu supaya cepat mona dapat rumah baru.

Amara pergi rumah sofea sebab dia ingat reza datang rumah sofea. Sofea kata reza tak datang langsung rumah dia. 

Rupa-rupanya, Reza menghilangkan diri sebab dia tak mau benda buruk berlaku dekat amara. Dia nak peri jauh dari amara sebab dia takut nasib amara akan jadi macam imran. Reza pun cakap dia nak space dan ruang untuk fikir balik hubungan dia dan amara. 

Amara terus keluar dengan rauf pergi cari reza. Amara nangis banyak-banyak.

Sebulan kemudian, Amara dah putus asa nak cari reza. pada masa yang sama amara mengandung.

bersambung..



Post a Comment

Previous Post Next Post