Header Ads

Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid dan Fikry Ibrahim (2021)

Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid dan Fikry Ibrahim. Tak lama lagi akan mula tayangan drama bertajuk Ayahanda'di tv 3. Drama ini sebenarnya diadaptasi novel karya Azizi Haji Abdullah akan disiarkan di slot Lestary. Antara pelakon utamanya adalah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan Noorkhiriah. Yang unik nya drama ini di arahkan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar yang juga merupakan pelakon lagenda tanah air. Kalau aku tengok sedutan ini drama ayahanda mengisahkan mengenai perangai dan tingkah laku seorang ayah dalam keluarganya. Aku rasa mesti drama ni akan mengimbau kenangan kita dengan ayah kita. okeylah jom sama-sama kita baca sinopsis drama ayahanda di bawah ini.



Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid dan Fikry Ibrahim (2021)


Sinopsis Drama Ayahanda

Berikut dikongsikan sinopsis drama ayahanda yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini mengisahkan tentang seorang ayah dari pandangan seorang anak bongsu. Katanya, dia cuba memahami hati si ayah tapi makin cuba mendalami makin payah untuk difahami.

Sebagai contoh, sikap degil ayahnya itu mengikut usianya. Semakin tua semakin degil. Kalau anak-anak nak tegur tu memang susah nak dengar naihat. Akibatnya si anak mula makan hati dan menimbulkan perasaan dendam dalam hati. Pada masa yang sama jauh di hati mahu derhaka. 

Disebalik itu, aya pula sangat sayangkan anaknya dan dia sanggup berkorban apa saha demi anaknya. Dia juga sentiasa ingat akan setiap anaknya dan menyebutnya dalam doa. Tapi ayah memang susah nak meluahkan rasa hati. Cukuplah sekadar dengan perbuatan dan pada masa yang sama mengharapkan anak-anaknya faham.

Aku baca pun rasa sebab bila terkenang arwah abah. Semoga Abah tenang di sana. 

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb  Kaki Drama untuk tengok drama terkini!

INFO MAKLUMAT DRAMA AYAHANDA

Setakat ini masih belum diketahui jumlah episod drama ini tapi kalau mengikut slot drama, kebanyakkanya mempunyai 16 episod. Dijangka drama ini akan mula ditayangkan pada 10 Julai 2021 selepas drama budang tebing 2. Mungkin dalam seminggu dua lagi. Drama ayanhanda akan ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9:00 malam.


Sinopsis Drama Ayahanda Lakonan Jalil Hamid dan Fikry Ibrahim (2021)

Dalam drama ini, Jalil Hamid melakokan watak sebagai Haji Abdullah (Ayah). Manakala Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah. Fikry pula sebagai Aziz dan Noorkhiriah sebagai Halimah. Selain itu, kita ada Shah Jaszle sebagai Ramli, Sherry Ibrahim sebagai Aishah dan Hairi Safwan sebagai Ahmad. 

Sebenarnya ramai lagi pelakon yang terlibat. Antaranya adalah Mimi Ernida dan Anuar Hamizan

Baiklah, best tak sinopsis drama ayahanda ni? jangan lupa untuk saksikan drama kekeluargaan ini yang akan ditayangkan tidak lama lagi. 



1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post