"

Sinopsis Drama Dayang Senandung. Aku rasa ni pertama kali aku kongsikan drama dari TV OKey rasanya lah. hehe. Oleh sebab, drama ni menarik jadi aku share lah kan. Untuk pengetahuan anda, drama baru ini dibintangi oleh pelakon Wani Kayrie, Rozita Che Wan, Scha Elinnea dan Hun Haqeem sebagai watak utamanya. Yang pasti drama 13 episod ini telah mula ditayangkan sejak 11 Julai 2021 yang lalu. Masih awal untuk korang kejar tau. hehe. Jom aku kongsikan Sinopsis Drama Dayang Senandung untuk bacaan anda. ada kena mengena dengan kisah dulu-dulu tu ker? 


Sinopsis Drama Dayang Senandung (TV OKEY)


Sinopsis Drama Dayang Senandung

Berikut aku kongsikan Sinopsis Drama Dayang Senandung yang menarik dan telah ditayangkan ini. Sebelum itu, aku nak kongsikan pengarah drama ini adalah  Chad Abdul Rahman. Yang penting drama ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Ahad tau, pada jam 12 tengah malam.

Secara mudahnya drama ini di adaptasi dari cerita rakyat zaman dahulu mengenai seorang wanita yang terkena sumpahan.

Sumpahan ini agak lain dari yang lain. Apabila dia disumpah menjadi hitam sejak lahir lagi. sebelum ni pun dah ada drama berkaitan senandung ni. Ada drama almy nadia berlakon jadi hitam begitu juga dengan Hairul Azren dalam drama awang senandung.

Selingan.


INFO DRAMA

Dalam drama ini, wanie kayrie membawa watak sebagai Dayang( gadis kena sumpahan). Manakala Che Ta pula sebagai Siti Tanjung. Tidak lupa Scha Elinnea sebagai Kamelia dan Shah Iskandar sebagai Damak.

Selain mereka, pelakon lain yang terlibat adalah Syura, Hun Haqeem, Nafiez Zaidi, Jasper Supayah, Fendi Seman, Delimawati dan Fathia Latiff.

Tak sabar nak tahu kesudahan cerita Dayang yang disumpah ini. Silakan kongsi info mengenai drama ini di facebook anda, Terima kasih. 

Post a Comment

Previous Post Next Post