Sinopsis Drama Mata Ketiga

Sinopsis Drama Mata Ketiga. Hai korang, sebenarnya hari ni aku nak kongsikan pasal drama ni lah. Drama yang penah ditayangkan di tonton.my pada tahun 2018 ini di arahkan oleh C. Kumaresen akan disiarkan di TV3 mulai 21 Julai 2021 ini. Drama mata ketiga ini di adaptasi dari novel seram mata ketiga yang ditulis oleh Zulkifli Ahmad tau. Memang seram dan jalan cerita yang menarik sebab itu ia ditayangkan semula di TV3. Drama ini hanya berdurai 30 minit sahaja dan mempunyai 10 episod untuk dihabiskan. Jom baca Sinopsis Drama Mata Ketiga di bawah ini ya. Antara pelakon yang terlibat adalah Hafeez Mikail dan Isyariana tau.

Sinopsis Drama Mata Ketiga


Sinopsis Drama Mata Ketiga

Drama mata ketiga ini mengisahkan tentang Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan dengan anugerah istimewa. Faizul mempunyai deria ke-enam yang mampu melihat melebihi pancaindera manusia biasa.

Faizul bersama 4 sahabat baiknya menyertai ekspedisi ke hutan yang diketuai Profesor Mazlan.

Faizul menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan sebab dia lebih memahami selok belok hutan. Tapi berlaku sebaliknya sehinggakan rakan mereka bernama farah dirasuk teruk. Sejak itujugalah Faizul nekad mencari pun dan kebenaran mengenai kelebihan mata ketiga yang dianugerahkan kepadanya itu. 

Namun, ia tidak mudah seperti yang disangka. Banyak peristiwa dan perkara misitk dan pelik berlaku sepanjang perjalanan dia mencari kebenarannya. Tapi Faizul tetap bersemangat mencari kebenaran sehingga dia makin taksub. Akibat daripada itu, nyawa orang sekelilingnya turut terancam kerana makhluk pelik tersebut. 

Persoalannya sekarang ini adakah Faizul akan berhenti mencari kebenaran tersebut atau dia terus mencari sehingga mendapat hasilnya? sama-sama kita saksikan.

INFO DRAMA MATA KETIGA

Drama ini hanya mempunyai 10 episod dan siri pertamanya ditayangkan pada 31 oktober 2018 yang lalu. Bergenre seram, drama ini turut dibintangi pelakon lain seperti Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don.

watak-watak dalam drama ini seperti faizul dilakonkan oleh Hafeez Mikail. Manakala mustaqim bahadon pula membawa watak khalid. Isya berlakon sebagai Farah dan Dayana Roza sebagai Farah. Fimie Don pula sebagai Budin.

Mereka semua ini adalah pelakon-pelakon hebat tanah air. Pastinya perjalanan cerita seram ini memang menarik untuk ditonton seisi keluarga.

Mana pula kesudahan cerita seram ini ya. Mampukah Faizul keluar dari dunia mistik tersebut. sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini ya.

Jom kongsikan Sinopsis Drama Mata Ketiga ini di facebook anda semua ya. Terima kasih. 

إرسال تعليق

أحدث أقدم