Sinopsis Drama Seram Tak Seram (2021)

Sinopsis Drama Seram Tak Seram (2021). Ini ada satu drama baru yang ditayangkan di TV9. Antara pelalakon yang terlibat adalah Jiggy Masin, Adam Corrie dan Joey Daud. Jigy masin selalu kita nampak dalam program lawak jer, sekarang ni dah mula jadi pelakon ya. hebat tau. Secara keseluruhannya, drama ini menceritakan tentang misteri barang-barang antik. Sebagai contoh kereta antik, lampu suluh dan lain-lain. Macam manalah sinopsis drama seram tak seram ni ya? jom kita baca dekat bawah ni ya. 


Sinopsis Drama Seram Tak Seram (2021)


Jalan cerita dan Sinopsis Drama Seram Tak Seram

Drama ini mempunyai 13 episod sahaja dan telah pun mula tayangan pada 24 Jun 2021 yang lalu. Setakat 5 Julai 2021, drama ini baru bersiaran 3 episod sahaja. Maksudnya banyak lagi yang belum ditayangkan ni.

Kalau korang nak kejar ni pun sempat lagi. hehehe. Drama seram tak seram ini ditayangkan pada hari khamis jam 9.30 malam di TV 9.

SINOPSIS SERAM TAK SERAM

Drama ini mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul. 

Episod 1 - Mengisahkan Ah Meng yang bekerja sebagai seorang pembeli dan penjual kereta antik. Dia ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil tetapi Kamil berat hati untuk menjualnya. Pelbagai cara Ah Meng lakukan untuk mendapatkan kereta tersebut kerana ada sesuatu yang misteri tentang kereta tersebut. 


Episod 2 - Memaparkan kisah misteri sebuah lampu suluh. Dr. Sofia tidak percaya kepada perkara misteri atau benda yang dia tidak nampak. Pada suatu hari, seorang peguam bernama Narodi menghubunginya untuk memberitahu yang dia telah mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenalinya. Salah satu harta pusaka tersebut merupakan sebuah lampu suluh yang dikatakan boleh mengubah paras rupa seseorang jika tersuluh ke wajah.

Watak-watak dalam drama ini adalah Jiggu Masin sebagai Sheikh Tahlul dan juga Zainol. Adam Corrie sebagaii Ah Meng dan Joey Daud sebagai kamil

Antara pelakon lain yang jua terlibat adalah Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab, Dayang El, Yus Barat, Karena Sanjna

Tak sabar nak tengok drama ni sampai habis. Baca tak sinopsis drama seram tak seram ni? hehe Selamat menonton.



Post a Comment

Previous Post Next Post