Header Ads

Sinopsis Drama Sitik Tok (TV3)

Sinopsis Drama Sitik Tok (TV3). Sebuah drama baru yang akan mula ditayangkan pada 22 Julai 2021 ini. Drama ini akan mengambil slot samarinda bagi menggantikan drama Kampung Kolestrol yang telah selesai tayanganya. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi dan Acong Sweetchild. Agaknya apa pula jalan cerita drama sitik tok ni ya? katanya ada kaitan dengan aplikasi tik tok yang tengah viral dalam kalangan remaja sekarang ni. Agaknya benda baik ke benda buruk tu. jom baca Sinopsis Drama Sitik Tok dibawah ini ya.


Sinopsis Drama Sitik Tok (TV3)


Sinopsis Drama Sitik Tok (TV3)

Drama yang mempunya 16 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama ini juga diarahkan oleh joon goh. Berikut kami kongsikan sinopsis drama sitik tok untuk anda.

Drama ini mengisahkan tentang Siti yang merupakan gadis kampung periang dan suka menari di aplikasi Tik Tok. Dia akan menari di merata ceruk sekitar kampungnya. Adakalanya Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan macam-macam lagi gaya Siti. Telatah siti ini mendapat perhatian penduduk kampung yang agak kurang senang dengannya.

Oleh sebab itu, Siti ambil keputusan untuk tinggal di bandar. Bagaimanakah keadaan Siti nanti bila tinggal dengan rakan-rakan dia shaja? jom sama-sama kita saksikan.

INFO DRAMA

Watak siti dilakonkan oleh Scha Elinnea. Nelissa Nizam pula sebagai Jaja dan Nadia Aqilah sebagai Rona. Selain itu, Niezam Zaidi sebagai Shon dan Achong sebagai Chuchox. Selain mereka pelakon lain yang terlibat adalah Zamaera, Kahoe Hon, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi dan Tony Eusoff.

Sekarang ni banyak drama Scha Elinnea ditayangkan di TV kan. Dari drama Hatimu sedingin salju, lepas tu dayang senandung di Awesome tv dan kini drama sitik tok pula. Rezeki dia kan dapat tayangan semua sekali karya lakonan dia kan. Tahniah !

Tak sabar nak tengok drama komedi ni kan. jangan lupa tengok mulai 22 julai ini ya. Selamat menonton.



0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post