Sinopsis Drama Suara Hati. Hai korang, Ini ada drama baru yang diadaptasi dari novel tau. Macam pernah dengar jer tajuk drama ni kan tapi sebenarnya drama ni drama baru dan akan mula ditayangkan pada 19 Julai 2021 nanti. Drama ini akan menggantikan drama derita untuk bahagia yang telah selesai tayangannya. Sebut pasal novel, macam aku sebut tadi, drama ini diambil dari novel karya Anis Ayuni tau. Mesti ramai yang baca novel ni kan. Jadi kali ni kita dapat tengok secara lakonan pula. Macam manalah agaknya jalan cerita drama ni? Jom baca Sinopsis Drama Suara Hati di bawah ini ya.   Nantikan drama adaptasi novel 'Suara Hati' karya Anis Ayuni akan disiarkan di Astro Ria. Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz. Drama arahan Emi Suffian, terbitan Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Suara Hati (Astro Ria)


Sinopsis Drama Suara Hati

Berikut kami kongsikan Sinopsis Drama Suara Hati untuk bacaan anda. Selamat membaca ! 

Sinopsis.

Drama ini mengisahkan tentang Hani seorang gadis yang juga seorang pelajar universiti bercinta dengan seorang lelaki yang aktif bersukan. Lelaki berkenaan bernama Haris. Setelah beberapa berkenalan, Haris menghilangkan diri tanpa kabar berita.

Hani pula dipertemukan dengan Naim seorang pensyarah di universitynya. Sebenarnya ini rancangan ibu bapa hani untuk mencari jodoh untuk Hani. Pada masa yang sama, Naim dah ada pilihannya sendiri.

Namun begitu, mereka tetap di satukan. Selepas itu, muncul kembali si Haris yang lama menghilangkan diri. Akan tetapi Hani dan Naim menjalani kehidupan keluarga sebagai suami isteri dengan bahagia.

Nasib Hani tidak baik apabila Naim meninggal dunia ketika dia sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Haris kembali bertemu semula dengan Hani untuk mendapatkan balik cinta mereka berdua.

Mampukah Hani melupakan Naim atau dia masih ada  perasaan dengan Naim? Sama-sama kita nantikan drama ini ya.

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb  Kaki Drama untuk tengok drama terkini!

INFO-INFO DRAMA

Drama ini mempunyai 13 episod sahaja dan akan ditayangkan di Astro Prima. Dalam drama suara hati ini, Syafiq kyle membawa watak sebagai Haris, Hanna Aqeela pula sebagai Hani. Aifdil Aziz sebabgai Naim dan Zera Hariz sebagai Suraya.

Selain mereka, pelakon lain yang terlibat adalah Qistina Khaled, Zera Hariz, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud, Shah Rezza, Afzan A Rahman, Syahir Shafein

Tak sabar pula nak tengok drama ni selepas dah baca sinopsis drama suara hati ni kan. Jangan lupa 19 Julai ini ! Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post