"

Sinopsis Drama Ghaib (TV3). Sebuah drama seram yang akan mula ditayangkan pada 10 Ogos 2021 ini. Ramai sebenarnya yang minat cerita seram kan. Baru-baru ni mata ketiga pun menjadi viral dalam kalangan penonton drama melayu. Untuk pengetahuan semua, Drama ini di adaptasi dari sebuah novel bertajuk projek seram terowong dan di arahkan oleh Ng Ken Kin. Sebenarnya drama ini juga pernah ditayangkan pada tahun 2018 tetapi ia ditayangkan di atas talian menerusi laman web tonton.my. Sebab tu ramai tak tahu pasal drama ni Antara pelakon utama drama ini adalah Shukri Yahaya dan Siti Elizad. jom kita baca Sinopsis Drama Ghaib dibawah ini. Hanya memiliki 10 episod sudah pasti akan memudahkan penonton mengikuti kesemua episod drama ini kan. 


Sinopsis Drama Ghaib (TV3)


Sinopsis Drama Ghaib (TV3)

Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.30 malam. Sinopsis Drama Ghaib ini mengisahkan tentang sebuah kolej yang mana dibahagian belakang bangunan terdapat sebuah gua terbiar. Pada suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua. 

Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.

Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis berkenaan dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut. Malangnya selepas kejadian tersebut  Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.

INFO DRAMA

Baiklah, antara pelakon lain yang turut sama terlibat adalah  Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir dan Ramli Saleh

Tak sabar nak tengok keseluruhan erita seram ni tau. Korang jangan lupa tengok sama-sama tau. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post