Sinopsis Drama Terlerai Noktah (TV3)

Sinopsis Drama Terlerai Noktah (TV3). Ini merupakan sebuah drama baru yang akan mula ditayangkan pada 26 Ogos 2021 ini. Drama ini akan menggantikan drama Ghaib yang telah tamat siarannya. Antara pelakon utama dalam drama terlerai Noktah adalah seperti Nabila Huda, Azhan Rani dan Aidil Aziz. Drama 9 episod ini bergenre psiko thriller yang telah diarahkan Amor Rizan. Drama ini akan ditayangkan untuk slot Samarinda TV3. Drama ini di arahkan oleh Amor Rizan dibawah syarikat Padi Pictures. Agaknya macam manalah jalan cerita drama ni kan. Berikut merupakan Sinopsis Drama Terlerai Noktah untuk bacaan anda. 

Sinopsis Drama Terlerai Noktah (TV3)


Sinopsis Drama Terlerai Noktah (TV3)

Hanya memiliki 9 Episod, drama ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di TV3. Sinopsis Drama Terlerai Noktah mengisahkan tentang Zaira dan Hani dipukul dengan teruk oleh ibu mereka. Walaupun Zaira dan Hani menangis merayu meminta simpati, ibu mereka tidak mengendahkannya. Selepas itu mereka terpisah dengan tragis sekali.

Zaira kini merupakan isteri kepada Dr Rudi.  dia terpisah selama 20 tahun dengan adiknya Hani sejak dari peristiwa hitam itu. Ziara sangat sayangkan Hani. Secara tiba-tiba, Zaira terjumpa dengan Hani di Hospital suaminya sendiri. Lepas itu, makin banyak rahsia terbongkar.

Jasmine merupakan seorang juruwat yang dipindahkan ke Hospital dr Rudi. Makin lama dia bekerja di sana, dia makin pelik kerana dia rasa macam ada yang disembunyikan oleh Dr Rudi. Mampukah mereka merungkai segala misteri yang telah berlaku?

Kalau nak tahu, kena tengoklah cerita ni sampai habis. 

INFO DRAMA

Dalam drama terlerai noktah ini, Nabila Huda sebagai Zaira dan Aidil Aziz pula sebagai Doktor Rudi. Watie Sadali sebagai Laila dan Hariz Hamdan sebagai Fariz.

Selain itu kita ada Atikah Suhaime sebagai Rania dan Raysha Rizrose sebagai Jasmine. Watak Hani pula dilakonkan oleh Ainul Aishah. Duerra Mitilda sebagai Zaira waktu kecil.

Antara pelakon lain yang terlibat adalahMuntazar Ghufran, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin, Zoul Muhammad dan Kazar Abd Razak.

Aku rasa drama ni sangat menarik untuk ditonton. kalau korang baca Sinopsis Drama Terlerai Noktah ni pun korang dah dapat agak macam mana jalan cerita dia kan. Rugilah kalah terlepas dari tonton kesemua episod cerita ni.

Jangan lupa share dekat rakan-rakan anda yang lain tau.




إرسال تعليق

أحدث أقدم