Sinopsis Drama Budak Intern (2021)

Sinopsis Drama Budak Intern (2021). Kali ini aku nak kongsikan sebuah drama yang ditayangkan di TV9. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Intan Najuwa, Malek Mccrone, Syafi Tee dan Bella Dowanna. Bagi yang tak tahu drama ini di arahkan oleh Ken Kin dan mula ditayangkan sejak 22 September 2021 lagi.  Aku boleh katakan drama ini lebih fokus kepas situasi keadaan budak-budak universiti yang tengah melakukan latihan industri atau intern. Mesti korang boleh kaitkan dengan pengalaman korang nanti. JOM aku kongsikan sinopsis drama budak intern di bawah ya. 

Korang tahu, ada drama baru lakonan Elfira loy tau!! boleh tonton di drama dear cinta ni ya !


Sinopsis Drama Budak Intern (2021)


Sinopsis Drama Budak Intern (2021)

Aku dah baca sinopsis budak intern ni sebenarnya, jadi jom aku kongsikan dekat korang. Drama ini menceritakan tentang kehidupan 4 orang pelatih industri yang baru saja menyertai sebuah syarikat pengiklanan. 

Mereka terdiri daripada Bainun (Bella Dowanna), Izzy ( Intan Najuwa), Ryan ( Malek Mccrone dan Karl (Syafi tee). Sejak mula bekerja, barulah mereka sedar yang kehidupan alam pekerjaan ini bukanlah mudah seperti yang di sangka. 

Fokus mereka adalah membuat kerja dengan sempurna dan dapat penilaian yang baik dari supervisor masing-masing. Akhirnya mereka sedar yang internship bukanlah sekadar belajar tetapi juga menguji persahabatan mereka.

Kehidupan mereka yang mencabar setiap hari membuatkan mereka lebih kerap bersama dan meluangkan masa bersama sebagai contoh selepas habis kerja, mereka akan lepak dulu dekat kafe milik kakak karl di satu kawasan ini.

Mampukah mereka kekal dalam tempoh persahabatan mereka dan pada masa yang sama mereka menyelesaikan internship mereka dengan sempurna?

Sama-sama kita saksikan.


Sinopsis Drama Budak Intern (2021)

INFO DRAMA

Hanya memilik 16 episod keseluruhannya, drama ini bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis pada Jam 9.30 malam di TV 9.

Watak-watak lain yang terlibat dalam cerita ini adalah Acong Sweetchild sebagai Said, Zul Ariffin sebagai Dato Shuk. Selain itu, kita ada Nonny Nadirah sebagai Hanum, Sham Visa sebagai Datuk M dan Ifa Raziah sebagai Datin Nelly

Pelakon lain yang turut sama terlibat adalah seperti Zarul Umbrella, Aniq Suhair , Nadiyah Shahab, Arja Lee, Cristina Suzanne, Amber Chia, Ziana Zain, Douglas Lim, Badrul Muhayat dan Sharifah Shahora

Selamat menonton !


إرسال تعليق

أحدث أقدم