Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV ALHIJRAH 2021)

Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV ALHIJRAH 2021). Drama mengenai kehidupan suami isteri ini sangat meruntun jiwa. Sebab itu, drama ini semakin viral dan diminati ramai. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana dan Datuk Fizz Fairuz.

Drama ini mula ditayangkan sejak 14 September 2021 dan akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa. Yang paling menarik, cerita ini ditayangkan pada pukul 6 petang tau ! Jadi tak perlu tunggu malam untuk tengok episod baru kan. Berikut merupakan Sinopsis Drama Dia Isteriku yang di tayangkan di tv alhijrah.


Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV ALHIJRAH 2021)



Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV ALHIJRAH 2021)

Apa pula Sinopsis Drama Dia Isteriku ini ya? Drama ini mengisahkan tentang kehidupan alam perkahwinan di antara Helmi dan Aisyah yang sangat bahagia. Namun begitu, selepas beberapa ketika, mereka diuji dengan fitnah yang tersebar dalam ahli keluarga mereka.

Aishah menganggap perkahwinannya dengan Helmi adalah satu rahmat kerana kehidupan perkahwinan nya bersama bekas suami (Bahar) sebelum ini tidaklah baik walaupun mereka telah hidup bersama selama 6 tahun.

Kebahagiaan keluarga baru Aisyah tergugat apabila anak aisyah dari perkahwinannya yang sebelum ini datang dan muncul. Elisya anak kepada Aisyah kini tinggal bersama dengan Helmi dan Aisyah. 

Elisya sendiri pada awalnya agak kekok untuk tinggal dengan mereka.

Dalam keluarga barunya ini, dia kena ikut dan taat kepada hukum agama. Ini sangat berbeza dengan keadaannya ketika tinggal bersama dengan bapanya.

Sinopsis Drama Dia Isteriku (TV ALHIJRAH 2021)


Aisyah dan helmi pula tidak jemu membantu Elisya menjadi lebih baik walaupun latar belakangnya sebelum ini agak bebas dan merisaukan.

Namun terjadi sebaliknya, apabila Elisya pula terpikat dengan bapa tirinya itu. Apa akan jadi pula lepas ini? 

Jom sama-sama kita tonton setiap episod sampai habis tau.


INFO DRAMA

Hanya ada 13 episod keseluruhannya, drama ini ditayangkan pada setiap hari isnin dan selasa sahaja pada jam 6 petang.

Drama ini merupakan idea asal kepada Zarihah Hassan dan diarahkan oleh Ayie Mustafa.

Dalam cerita ini juga, Rozita Che Wan membawa watak sebagai Aisyah dan Hafidz Roshdi sebagai Helmi. watak Shalma Eliana pula sebagai Elisya dan Fizz Fairuz sebagai Bahar.

Pelakon lain yang terlibat adalah Aiman Badrul, Izzy Reef, Cahaya Nilam, Hanna Aqeela, Badrul Muhayat, Sharifah Anthasha, Ziema Din, Charlie Numan Salleh



إرسال تعليق

أحدث أقدم