Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021)

Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021). Mula-mula aku ingat siri gerak khas ini dah habis sehabis-habisnya. Sebab sebelum ni kita dah tengok Gerak khas the finale kan. Rupanya ada lagi baru pulak. Kata Dato Yusuf Haslam, Jenama Gerak Khas terlalu kukuh untuk ditamatkan maka adalah siri baru pulak. Antara pelakon yang terlibat dalam siri baru ini adalah Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Dato’ AC Mizal. Agak-agaknya, best tak drama baru ni? Berikut merupakan Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021) untuk bacaan anda.  




Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021)



Sejarah dan Asal Usul Gerak Khas Undercover

Gerak Khas Undercover ini merupakan idea asal daripada Syafiq Yusof manakala Datuk Yusof Haslam bertindak sebagai penasihat produksi. 

Turut mengarah dalam drama ini adalah C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin dan M.S Hakim.

Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021)

berikut kami kongsikan Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover untuk anda yang ingin tahu. Drama 30 Episod ini mengisahkan tentang keadaan dan suasana bagaimana pegawai polis melakukan risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. 


Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021)


Dalam siri terbaru ini, lebih fokus kepada Ketua gengster, Tony Bono yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam. 

Kumpulan ini  menjadi sasaran utama DSP Jeslina dan ASP Salina untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. 

Satu demi satu rancangan Tony gagal kerana tindakan pihak polis yang pantas menghidu gerakan mereka. Tony sedar ada sesuatu di sebalik kegagalan mereka, jadi dia meminta Malik untuk mencari siapa yang menjadi pembelot dalam pasukan mereka yang memberi maklumat kepada pihak polis sampai dapat. 

DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. 

Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki , Inspektor Elly dan Inspektor Rita untuk memastikan Tony di tangkap.


Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021)


Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. 

Dapatkah Tony diberkas oleh Pihak Polis? atau kegiatannya masih bermaharajalela ? Adakah ada pembelot dalam spy mereka?

Tak sabar nak tengok siri baru gerak khas ini kan.

INFO DRAMA

Dah baca Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover ? jom kita berkenalan dengan watak-watak dalam cerita ini pula. Dalam drama ini Raja Afiq membawa watak sebagai Malik. Erra Fazira sebagai DSP Jeslina dan Salina Saibi sebagai ASP Salina. Dato Rosyam Nor pula sebaga Tony Bono. 

Watak lain yang terlibat adalah ASP Zaki yang dilakonkan oleh AAron Aziz. Inspektor Elly yang di lakonkan oleh Elizabeth Tan dan Insspektor Rita yang dilakonkan oleh Ruzana Ibrahim.


Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover (TV3 2021)


Drama Gerak khas tanpa watak wartawan memang tak leh pisah. Kali ini Khalida Balqis membawa watak sebagai Alia yang merupakan seorang wartawan.

Pelakon lain yang turut memeriahkan siri kali ini adalah Eizlan Yusof,  Farid Amirul, Kumaresan, AC Mizal  dan Kenji Sawahi

Ingat tau waktu tayangan drama ini adalah pada setiap hari jumaat jam 10.30 malam di TV3 !

Selamat menonton.

 


إرسال تعليق

أحدث أقدم