Sinopsis Drama Hawa (Astro Ria 2021)

Sinopsis Drama Hawa (Astro Ria 2021). Ok guys, ini drama baru tau. Setelah sekian lama tak ada drama baru, kini ia mula ditayangkan sejak 24 ogos 2021 yang lalu. Ada ker yang dah tengok cerita ni? Aku dengar ramai yang suka jalan cerita drama ni. Kalau betul, korang komen dekat bawah ya. Baiklah. Drama Hawa ini dibintangi oleh pelakon seperti Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bell Dowanna dan Hamidah Wahab. Kiranya diorang ni pelakon utama dalam cerita ni. Macam mana pula dengan sinopsis dia? berikut kami kongsikan Sinopsis Drama Hawa untuk bacaan anda. Sebelum itu, nak bagitau ni, drama ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 10 malam.  jom sambung baca dekat bawah ni. 


Sinopsis Drama Hawa (Astro Ria 2021)


Sinopsis Drama Hawa (Astro Ria 2021)

Drama kekeluargaan ini hanya mempunyai 13 episod sahaja dan mengambil slot megadrama di Astro Ria. Pengarah cerita ini adalah Tam Suhaimi dan penulis skripnya pula adalah Baizura Kahar dan jugam Tam sendiri.

jom baca sinopsis Drama Hawa ini yang mengisahkan tentang Along atau Hajjah Saadah yang diuji dengan suaminya yang sedang koma. Sejak daripada itu kehidupan Along agak tidak terurus. Haji Ali merupakan suami kepada Along dan nak dijadikan cerita ketika haji ali koma, muncul seorang wanita yang mendakwa dia adalah isteri kedua haji ali. Apa yang sudah jadi? Along tahu ke pasal isteri kedua tu? 


Keluarganya, Hajjah Iman, Angah dan Acu mengalami masalah mereka sendiri. Angah mengesyaki suaminya juga curang kepadanya, Hajah Imaan disaman kerana penipuan & Acu mendedahkan rahsia di vlog hidupnya!


Pelbagai masalah yang melanda keluarga mereka. Nampak macam serabut ja. tapi itulah lumrah kehidupan. Apakah kesudahan untuk semua ini? Mampukah semua masalah mereka diselesaikan dengan mudah?

Kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis cerita ni. alaaah ada 13 episod jer.. layaan tau.

INFO DRAMA.

Untuk pengetahuan semua, drama ini adalah drama yang menggantikan drama cik ayu mee sanggul yang telah selesai tayangannya baru-baru ini. Watak dalam drama hawa ini terdiri daripada Nadiya Nisaa sebagai Along/Hajjah Saadah dan Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah. Selain itu, Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah dan Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan. Ditambah pula dengan watak Donna Muslim sebagai Musa.

Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah seperti  Akmal Abdullah, Shah Faris dan Yusri Saleh. Tak sabar nak tengok cerita ni.

Aku ada layan sikit drama ni, bagi akulah, lebih kepada komedi kekeluargaan dan sesuai untuk di tonton untuk semua lapisan masyarakat. Jangan lupa tengok tau !


Post a Comment

Previous Post Next Post