Sinopsis Drama Pesan Pada Hati (TV3)

Sinopsis Drama Pesan Pada Hati (TV3). Mulai 10 September 2021, TV3 akan menayangkan semula drama yang pernah ditayangkan buat pertama kalinya pada 25 Oktober 2019. Drama ini juga akan menggantikan drama Shah Alam 40k yang telah selesai tayangnya. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Shukri Yahaya dan Nabila Razali. Walaupun cerita ulangan, dapat juga lah kita layan drama lakonan dua orang pelakon hebat ni kan. Cerita ini juga merupakan drama terakhir diarahkan oleh Arwah Raja Ahmad Alaudin dan akan ditayangkan di slot Akasia. Sebelum ini ia ditayangkan di slot Lestary. Berikut merupakan Sinopsis Drama Pesan Pada Hati untuk bacaan anda. 


Sinopsis Drama Pesan Pada Hati (TV3)



Sinopsis Drama Pesan Pada Hati (TV3)

Hanya memiliki 15 Episod sahaja, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati ini mengisahkan tentang Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf dan Zulaikha  yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja.


Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.


Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

sinopsis-drama-pesan-pada-hati

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri.


Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf.


Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya.

Sanggupkah Zulaikha menjadi hamba kepada si Yusuf itu atau ia hanya syarat untuk mendekat diri yusuf dengan Zulaikha? Jom sama-sama kita saksikan.


sinopsis-drama-pesan-pada-hati

INFO DRAMA

Drama pesan pada hati ini merupakan idea asal Sari Hermawati dan skrip nya ditulis oleh PGRs Team, Chinta Nadeesha dan Sari Hermawati sendiri.

Watak-watak dalam drama ini terdiri daripada Shukri Yahaya sebagai Yusof, Nabila Razali sebagai Zulaikha dan Sara Ali sebagai Yanna. Chacha Maembong pula membawa watak sebagai Ardina dan Arja Lee sebagai Virza. Manakala Firdaus Ghufran sebagai Amir

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah dan Anne Abdullah. Jangan lepaskan peluang untuk tonton semula drama ini di tv3 tau. 



إرسال تعليق

أحدث أقدم