Sinopsis Drama The Hotel (Astro Ria 2021). Jangan lupa untuk tonton drama terbaru yang akan ditayangkan di Astro ini. Drama yang menggantikan drama hawa ini mempunyai 42 episod dan diarahkan oleh Helmi Yusuf tetapi idea asalnya dari Micheal Ang. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee. Drama ini diterbitkan Juita Viden dan akan mengambil slot MegaDrama Astro Ria. Ada yang kata drama ini ciplak drama Hotel The Luna yang popular tu. Tapi pengarah dan penerbit drama ini menafikan perkara tersebut. Berikut merupakan Sinopsis Drama The Hotel untuk bacaan anda. Drama ini akan mula tayangan pada 15 September ini.


Sinopsis Drama The Hotel (Astro Ria 2021)



Sinopsis Drama The Hotel (Astro Ria 2021)

Jumlah episod yang terdapat dalam drama ini adalah 42 episod. Sinopsis Drama The Hotel ini mengisahkan tentang kisah Raisa menjalani kehidupan mewah bersama ibunya, Maya. Raisa mempunyai penyakit gangguan mental yang membuatkan dia tidak dapat mengawal tingkah laku dan emosinya. Sampai satu tahap tu, dia sampai sanggup membunuh orang. Mampukah Raisa menemui penawar bagi penyakitnya atau makin ramai yang akan bermandi darah dari tangannya itu? 

Kalau nak tahu, kena tengoklah sampai habis.

👇👇

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

INFO DRAMA

Dalam drama ini, MK K-Clique membawa watak sebagai Sean.  Mira Filzah sebagai Raisa dan Sean Lee sebagai Umar. Selain itu kita ada Natasha Elyzza sebagai Umaira.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi dan Ku Faridah

Drama ini akan mula ditayangkan pada 15 September 2021 dan waktu tayangannya adalah pada Isnin-Khamis, 10:00 malam. Penulis skrip untuk drama ini adalah Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon.

Tak sabar nak tengok drama ni sampai habis. Mungkin best atau complicated. Apa-apa pun kenalah tengok sampai habis tau.


Post a Comment

Previous Post Next Post