"

Sinopsis Drama Mr Bibik. Selepas hampir 4 bulan kita asyik tengok drama yang sama jer. Kali ini kita akan mula di sajikan dengan drama baru tau. Yang terbaru akan ditayangkan adalah drama ini. Drama ini menggantikan drama semanis senyumanmu dan juga drama wifi sebelah rumah. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Saharul Ridzwan dan juga Zara Zya. Yang pasti menarik adalah drama ini akan mengambil slot akasia tau! Mesti menarik dan best punyalah. Sebenarnya drama ini merupakan drama yang di adaptasi dari novel karya Aein Dhiyauddin yang menggunakan tajuk yang sama. Berikut merupakan Sinopsis Drama Mr Bibik untuk bacaan anda.


Sinopsis Drama Mr Bibik (Akasia TV3)




Sinopsis Drama Mr Bibik

Apa pula jalan cerita dan Sinopsis Drama mr bibik ini? Drama ini mengisahkan tentang Aulia. Dia seorang yang malas mengemas rumah, jadi dia hanya mengambil orang luar untuk mengemas rumahnya. Dia hanya bayar upahnya sahaja.

Satu hari, Siti kawan baik Aulia ini buat kerja gila. Dia suruh pekerja lelaki yang membersihkan rumah Aulia. Apa lagi hampir jadi hulk Aulia dibuatnya.

Nasib baik, siti pandai ambil hati, Dia janji yang dia akan bayar semua kos yang di lakukan oleh pekerja lelaki yang di gelar Mr Bibik itu.  

Selesai kerja, Mr Bibik A.KA Firas pun balik. 

Kali kedua dia datang untuk mengemas rumah Aulia, Dia di perangkap oleh Ayah dan Tunang Aulia. Mereka di tangkap basah di rumah tersebut.

Ayah Aulia marah lalu menyuruh mereka berkahwin. Tapi masing-masing tak nak, namun mereka tidak ada pilihan lain. Jadi terpaksalah mereka berkahwin. 

Tunang Aulia yang beriya tangkap basah Aulia tu masih nak try Aulia lagi. Tapi dapat ker?

Hubungan Aulia dan Firas semakin erat. Namun hanya kerana satu rahsia Aulia terbongkar sehinggakan Firas marah besar dan menghalau Aulia.

Apa rahsia tu? Kalau nak tahu kenalah tonton di TV3 !

INFO DRAMA

Ramaikan yang tak sabar nak tengok lakonan Zara Zya kan. Drama ini hanya mempunyai 20 episod dan akan mula ditayangkan pada 29 oktober ini.

Mengambil slot akasia, pastinya drama ini akan ditayangkan pada setiap isnin hingga jumaat pada jam 7 malam. 

 Drama ini diarahkan oleh Pali Yahya tau untuk produksi Saphire Screen. Dalam cerita ini juga Saharul Ridzwan membawa watak sebagai Firas. Manakala Zara Zya sebagai Aulia.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Fatin Afeefa, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Roy Azman, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Anne Abdullah, Sefik

Jangan lupa untuk menyaksikan drama menarik ini yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi!

Selamat menonton.

\

Post a Comment

Previous Post Next Post