Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu (2021), Lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha

Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu (2021). Korang dah tengok drama lakonan Aiman Hakim Redza dengan Daiyan Trisha ni? Kalau korang dah langgan Disney+, mesti ramai yang dah layan kan. hehe. Mulai 7 oktober 2021, drama ini akan ditayangkan di tv 3 bagi menggantikan drama perisik cinta tak diundang tau. Sebelum itu, aku nak kongsikan tarikh awal tayangan drama ini di Disney adalah pada 1 Jun 2021 tau. Berikut merupakan sinopsis drama semanis senyumanmu untuk bacaan anda. 


Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu


Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu (2021)

Drama ini ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 7.30 malam. Bagi yang tak tahu, Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu ini menceritakan tentang kehidupan Azim yang merupakan pekerja di sebuah restoran terkenal sebagai tukang masak.

Azim selalu mendapat pujian kerana masakannya tapi bila di kecam, Azim umpama panas baran. Dia tidak dapat terima kritikan orang. Satu ketika tu, Kuih Lopes masakan Azim mendapat kritikan, Lalu dia tidak tunggu lama, dia terus buat baru dan cuba dapatkan komen staff nya. Tapi semuanya sedap.

Azim rasa pelanggan itu ada masalah dengan dia, jadi dia tak dapat terima kritikan tersebut.

Rupanya, pelanggan tu adalah Si Azra. Owner kedai bakery. Dia dengan Iman buka kedai bakery lepas diorang putus cinta.


Nak dijadikan cerita, Satu hari, Azim teman anak saudara dia pergi kedai bakery Azra ni. Masa nak bayar tu, Azim kenal sangat dengan orang yang kritik masakan dia haritu tengah jaga kaunter. Si Azra lah tu.

Azim tak tunggu lama, terus dia kritik roti yang Azra buat. Katanya tekstur roti tu tak elok lah apa lah.

Lepas haritu, diorang terjumpa balik dalam satu majlis. Azra minta maaf dekat Azim. Sebagai tanda minta maaf , Azra nak ajarkan Azim cara buat lopes yang betul. 

Sebab Azra power bab kuih-kuih ni. Tapi korang rasa Azim nak terima ke pelawaan tu? Kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis cerita ni.

Selamat menonton.

INFO DRAMA

Drama ini hanya mempunyai 16 episod tau dan di arahkan oleh Faizul Jais untuk Produksi Parallax Pictures. 

Watak-watak dalam cerita ini terdiri daripada Aiman Hakim sebagai Chef Azim dan Daiyan Trisha sebagai Azra. Shyrim Husni  pula  sebagai Naufal dan Shekeen Waida sebagai Azreen.

Pelakon lain yang turut sama terlibat adalah Adib Azlan, Shyrim Husni, Abbas Mahmood, Akhmal Nazri, Zahirah Macwilson, Awie, Zoul Muhammad, Thaqif Zohiri, Adib Fikri, Lokman Hakim, Afif Mikhail, Sofea Ace, Rozuki, AG Aziz, Rashimah dan Muhammad Nur Iman.

Tak sabar nak tengok ending dia kan. Selamat menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post