"

Sinopsis Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja, Hai semua! ini merupakan siri baru sambungan dari drama The Hotel yang sebelum ini dilakonkan oleh Mira Filzah. Cumanya dalam cerita ini dia tak der lah sebab ada watak baru yang lebih psycho tau. Pelakon utama untuk musim kedua ini adalah Uqasha Senrose dan juga Sean Lee dan Natasya Elyzza. Bagi yang tak tengok musim pertama, korang kenalah tengok dulu sebab ia ada kesinambungan jalan cerita tau. Jadi korang kena tengok sampai habis dulu barulah layn musim baru. Berikut merupakan Sinopsis Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja untuk bacaan anda.


Sinopsis Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja



Sinopsis Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja

Bagi yang nak tahu Sinopsis Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja, Drama ini mengisahkan tentang Dr. Firhani. Selepas kematian Raisa, kini Dr Firhani pula mula menunjukkan sifat psychonya. Ia berpunca daripada keadaan sekelilingnya.

Bekas tunangnya sering menggangunya sehinggakan menimbulkan ketidak selesaan pada dirinya. Maka sejak itu, dia mula menjadi lebih psycho. Keadaan mental menjadi semakin parah. Adakah itu Dr Firhani yang sebenar atau Raisa yang menyamar jadi Dr. Firhani?

Kalau nak tahu, kenalah tengok cerita ini sehingga habis.

 

Info Drama.

Hanya mempunyai 18 episod sahaja, Drama ini sebenarnya bersambung terus dari musim pertamanya. Di tayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam.

Saluran tayangannya juga masih sama iaitu di Astro Ria. 

Dalam cerita ini Uqasha membawa watak sebagai Dr. Firhani dan Sean Lee Sebagai Umar. Natasha Elyzza pula sebagai Umaira. 

Selain itu kita ada Dini Schatzmann sebagai Adri dan Yasmin Hani Sebagai Tania. Senarai pelakon lain yang terlibat adalah Eina Azman, Nabil Aqil, Asha Merican, Syazwan Zulkifly  



Post a Comment

Previous Post Next Post