Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah (2021)

Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah (2021). Satu lagi karya menarik yang telah mula ditayangkan di tv3 mulai 7 Oktober 2021. Drama 16 episod ini dibintangi oleh pelakon seperti Zul Ariffin dan Ruhainies ini telah ditayangkan secara penuh di Disney + pada jun 2021. Kini ia akan ditayangkan pula di tv3. Drama ini juga menggantikan drama perisik cinta tak diundang yang telah selesai ditayangkan. Berikut merupakan Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah untuk bacaan anda.



Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah (2021)


Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah

Jom aku nak cerita sedikit mengenai sinopsis drama wifi sebelah rumah ini. Drama ini mengisahkan tentang Ghaz yang juga seorang yang bekerja. Keperluannya sangat untuk menggunakan wifi.

Jadi, Ghaz akan pergi ke kafe yang dekat dengan rumahnya untuk menggunakan wifi di sana sehinggalah kerjanya selesai.

Tapi sebalinya pula yang berlaku. Kerja tak siap lagi, tapi dah kena halau. sebab apa tu? macam mana tak kena halau, kafe nak tutup dah dia masih terjegat dekat situ. hehehe 

Ada seorang awek ni, nama dia Mira. Kebetulan dia ada di kafe tu, jadi dia cuba tolong ghaz dengan memberi password wifi rumahnya. Kebetulan mereka berjiran. 

Sejak itu jugalah, mereka mula jatuh hati di antara satu sama lain. Namun, Ghaz perlu menempuhi pelbagai cabaran untuk memikat hati Mira.

Ditambah Bapa Mira yang garang macam singa tu. Boleh ke Ghaz menakluk hati Mira? Kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis cerita ni.


INFO DRAMA


Tarikh tayangan awal drama ini di disney + adalah pada 25 jun dan di tv 3 pada 7 oktober 2021. Waktu tayangan di tv3 pula adalah pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.

Yang uniknya, skrip drama ini di tulis sendiri oleh Nasir Sulaiman, Nana Khalil dan Zyza Backy tau. Drama ini juga di arahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibawah produksi Orangetree production.

Watak-watak yang terlibat dalam cerita ini adalah Zul Ariffin sebagai Ghaz dan Ruhainies sebagai Mira. Kemudian, kita ada Keith Foo sebagai Fizi dan Nurin Afiqah sebagai Shasha.

Begitu juga dengan Fadlan Hazim sebagai Fendi. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Asha Zainul, Ridzuan Hashim, Fazlina Ahmad, Ziana Zain

Macam manalah kesudahan cerita romantik komedi ni kan. Tak sabar lak nak tahu ending dia macam mana. hehe

Selamat menonton.


إرسال تعليق

أحدث أقدم