Sinopsis Drama Diari Seorang Suami (TV3 2021)

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami. Semalam dah selesai tayangan drama kekasih hati mr bodyguard yang menyaksikan ada happy ending. Dah habis drama tu maka akan ada drama baru yang menggantikannya. Drama baru ini merupakan drama yang akan mula ditayangkan pada 12 November 2021 ini. Antara pelakon yang terlibat adalah penyanyi Afieq Shazwan dan Yuna Rahim sebagai peneraju utamanya. Berikut merupakan Sinopsis Drama Diari Seorang Suami untuk bacaan anda semua.  


Sinopsis Drama Diari Seorang Suami (TV3 2021)


Sinopsis Drama Diari Seorang Suami

Bagi yang tak tahu, kami kongsikan Sinopsis Drama Diari Seorang Suami untuk anda dan tambahan untuk anda, drama ini hanya mempunyai 13 episod sahaja. Jadi rasanya tak lama tayangan dia.

Drama diarai seorang suami ini mengisahkan sisi perjalanan tugas seorang suami terhadap isteri dan anak-anaknya. Walaupun berkahwin di usia yang muda, tanggungjawab sebagai suami tidak di abaikan. 

Selebihnya nanti aku akan kemaskini semula yer. Tak banyak info yang dapat dikorek untuk sinopsis drama ini. 

Drama 13 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari rabu sehingga sabtu pada jam 9 malam di TV3. Untuk pengetahuan anda, drama ini merupakan idea asal Azril Hamzah dan skripnya ditulis sendiri oleh beliau dan juga Nasir Sulaiman.

Bagi pengarah pula, pengarah Johan Bakar yang mengarahkan drama ini. 

Dah baca sinopsis, mesti korang nak tahu watak dalam cerita ni kan. Penyanyi Afieq Shazwan membawa watak sebagai Hairi dan heroin cerita ini adalah Yuna Rahim sebagai Nisa. Turut menjadi pelakon utama adalah Keith Foo sebagai Azman.

Berikut merupakan pelakon lain dalam cerita ini. Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim dan Aiyuni Hashim.

Sebenarnya aku tak sabar nak tengok drama baru ni sebab ada Yuna Rahim. Lakonan dia semakin hari semakin baik tau. Rugilah kalau tak tengok.

Selamat menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post