"

Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita. Minggu ini akan bermula tayangan drama baru ini. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Aedy Ashraf dan juga Amelia Henderson tau. Mesti bestkan bila dapat tengok gandingan mereka berdua ni. Drama baru ini akan menggantikan drama mr bibik yang telah selesai tayangnnya. Macam manalah jalan cerita drama ni kan. jom baca Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita di bawah ini.  


Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita Full (2021)


Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita

Sebelum ini pun aku dah pernah tulis mengenai drama kisah cinta kita ni kan. Bagi yang masih tak tahu, boleh baca Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita di bawah ini.

Sebenarnya, drama 28 episod ini telah pun di tayangkan pada bulan Jun 2021 yang lalu. Kiranya ini di ulang siar semula di TV3.

Drama ini mengisahkan tentang hidup dua orang wanita bernama Alisa dan seorang lagi bernama Natasya. Kehidupan mereka berdua jelas berbeza apabila Alisa perlu hidup dalam keadaan sederhana dan berjimat cermat. Dia juga perlu mengorbankan cita-citanya demi meneruskan kehidupannya.

Natasya pula lain dari Alissa. Hidupnya sangat mewah dan selesa. Dia juga sering dimanjakan dengan kemewahan yang sangat luar biasa sehinggakan dia tidak kenal erti susah.

Apa yang terjadi kepada mereka berdua ini? Sama-sama kita nantikan. 

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

INFO DRAMA


Drama ini di arahkan oleh Riza Baharudin untuk produksi A.Aida Production. Skrip drama ini pula di tulis oleh Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris. Drama ini akan ditayangkan untuk slot akasia iaitu pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.

Dalam drama ini juga Aedy Ashraf membawa watak sebagai Amer. Manakala Amelia Henderson pula membawa watak sebagai Aleesa. Turut sama berlakon dalam cerita ini adalah Hazman Al idrus yang membawa watak sebagai Putra.

Pelakon lain yang turut sama terlibat dalam drama ini adalah Ikmal Amry, Sarah Hildebrand, Khaty Azian, Jalaludin Hassan dan Maria Farida.

Tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni kan. Jangan lupa tonton drama kisah cinta kita ini di TV3!


Post a Comment

أحدث أقدم