"

Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini. Minggu ini akan bermulanya drama baru bagi menggantikan drama cukup derita itu. Sebenarnya drama ini diadaptasi dari novel yang mempunyai tajuk yang sama dan ditulis oleh  Sara Hezra. Antara pelakon utama yang terlibat dalam drama ini adalah Idris Khan dan juga Intan najuwa. Gandingan drama Tuan Daniel kembali guys ! Jom kita baca Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini di bawah ini.  


Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV 3 2021)


Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

Bagi yang tak tahu sinopsis drama saat kau takluk cinta ini, meh aku kongsikan dengan korang. 

Drama ini menceritakan tentang Haira Melissa yang dituduh merapas tunang adik tirinya. Oleh sebab itu, dia di halau keluar dari keluarganya itu. 

Bila dah kena halau, dia pun pergilah bawa luka dan lara ke sebuah kampung untuk mencari kawannya. Nak jadikan cerita dia tersesat ketika hujan yang lebat di sana.

Kalau hujan dah lebat, mestilah dia tumpang berteduh di sebuah pondok. Dia pun datang dari jauh kan tak kenal siapa-siapa pula tu, jadi dia duduk di bawah pondok.

Kemudian dia terjumpa dengan seorang lelaki bernama Rahhal. Siapa pula mamat ni? 

Pemuda bernama Rahhal ini merupakan seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan dia merupakan lulusan luar negara tau.

Dia juga mendapat tawaran kerja di ibu negara tapi dia terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana ibunya yang bernama hajah damiah diserang penyakit strok.

Dia membuat keputusan besar iaitu dia memilih untuk menjaga ibunya dan menguruskan kebuh pisang dan kolam ikan milik keluarganya sendiri.

Hajjah Damiah dan Rahhal mempunyai musuh mereka tersendiri. Satu hari mereka telah di halau keluar dari rumah pusaka Tok Wan Damit yang merupakan tempat mereka tinggal sebelum ini.

Orang yang menghalau mereka itu pun bukanlah orang asing. Mak Long Nisah dan anaknya si Fakhril. Mereka ni memang ada niat jahat terhadap keluarga Rahhal.

Haira pula mula terjatuh hati dengan Rahhal kerana kebaikan dan keikhlasan dia yang selalu mengambil berat pasal dia.

Selepas beberapa ketika Rahhal masuk melamar Haira dan dia menerima lamaran tersebut. Tapi dalam hati Haira dia ada rahsia yang belum diberitahu kepad Rahhal.

Apakah rahsia itu? Bagaimana penerimaan Rahhal jika dia tahu rahsia tersebut? kalau nak tahu kenalah tonton sampai habis drama ni tau. hehehe.


Info Drama

Aku tahu ramai kan peminat intan najuwa dan Idris khan. Jadi aku yakin drama ini akan menjadi karya menarik untuk peminat drama melayu tempatan.

Bagi yang nak tahu, Drama saat kau takluk cinta ini hanya mempunyai 15 episod dan akan mula ditayangkan pada 20 Disember 2021 ini.

Drama ini akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam tau. Ia juga akan mengambil slot Samarinda di TV 3.

Pengarah bagi drama ini adalah Zamri Zakaria dan Skripnya pula di tulis oleh Eja Lorena.

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan, Shakilla Khoriri  dan Syazwan Zulkifly.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Wan Maimunah, Farhan Asri, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Aleza Shadan, Zarynn Min, Qazem Nor, Raja Baizura dan Jeri Ariffin 

Watak-watak dalam drama ini.

Tak Sah kalau lepas baca sinopsis drama saat kau takluk cinta ini tanpa baca watak pelakon yang ada dalam cerita ini.

Kita mulakan dengan pelakon Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq dan Intan Najuwa pula sebagai Haira Melissa.

Kita juga ada pelakon seperti Wafariena Roslan sebagai Kamelia, Shakilla Khoriri sebagai Khadijah dan Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril

Pelakon Wan Maimunah pula membawa watak sebagai Hajah Jamiah, pelakon Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah dan Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah.

Pelakon lama Qazem Nor pula membawa watak sebagai Hamad. Gabungan pelakon lama dan baru menjadi drama ini menarik untuk ditonton tau.

Tak sabar nak tengok drama ni sampai habis. jom kongsikan sinopsis drama saat kau takluk cinta ini di media sosial korang.

Post a Comment

Previous Post Next Post