Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih (TV3)

Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih (TV3). Ini merupakan sebuah drama baru yang menggantikan drama saat kau takluk cinta ini tau. Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Nazim Othman dan Uyaina Arshad tau. Drama ini mengambil slot Samarinda TV3. Macam manalah jalan cerita drama kau cipta kasih ni kan. Menarik atau tidak eh? jom sama-sama kita baca sinopsis drama kau cipta kasih dibawah ini ya.  


Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih (TV3)


Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih (TV3)

Jom kami kongsikan mengenai sinopsis drama kau cipta kasih. Drama ini mengisahkan tentang 4 beradik yang menjadi mangsa kekejaman keluarga mereka. Seorang hidup dengan tempang menjadikan ia sering dihina dan menyusahkan.

Seorang lagi memikul bebanan keluarga setelah ibunya melepaskan tanggungjawabnya. Ada yang membawa diri ke luar negara. 

Walaupun kecewa dengan keluarganya, namun ia bercita-cita untuk merasa bahagia dengan adik beradiknya.

Masihkan ada peluang untuk mereka mencari dan mendapatkah kebahagiaan?


Watak Pelakon Drama Kau Cipta Kasih

Watak pertama adalah Idris. Dia ni merupakan seorang lelaki yang serba kekurangankerana kakinya tempang. Akibat daripada ketempangannya itu menyebabkan dia menjadi tempat penginaan dan sentiasa dianggap menyusahkan orang tua.

Watak Khadijah pula dilakonkan oleh Uyaina Arshad. Khadijah ni pula sanggup berkorban untuk kesenangan adik-adiknya. Disebabkan sikapnya itu, ibunya telah melepaskan tanggung jawab urusan rumah tangga kepada khadijah. Oleh kerana itu jugalah dia sering menjadi mangsa.

Watak Hasnah pula dilakonkan oleh pelakon Amanda Amry. Hasnah ni pula seorang yang bijak. Oleh sebab itu, dia membawa diri ke luar negara. Namun begitu, keluarganya pula berpecah. Dia hanya berharap untuk bahagia di samping ibu ayah dan adik-adiknya.


Ramlah pula merupakan watak yang dilakonkan oleh Fify Azmi. Ramlah ini pula anak manja yang sering dimanjakan oleh ayahnya melebihi adik beradinya. Akibat terlalu dimanjakan, ramlah akhirnya kecewa dan tidak tahu melakukan apa-apa bila ditinggalkan seorang diri


Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?


Selain itu, dalam drama kau cipta kasih ini juga ada pelakon Ikhram Juhari yang membawa watak sebagai Haris. Pelakon kontroversi, Nynaa Harizal melakonkan watak sebagai Nelly dan pelakon Izuan Razali turut sama mendapat satu watak sebagai Rashid.

Bagaimanakah kesudahan kisah hidup mereka ini? sama-sama kita nantikan.

Info Drama

Bagi yang dah baca sinopsis drama kau cipta kasih ini, aku nak kongsikan yang drama ini mempunyai 15 episod sahaja dan akan mula ditayangkan pada 13 Januari 2022.

Waktu tayangan drama ini adalah pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam. Drama ini juga di adaptasi dari novel karya Azilah Wahab tau!

Ia diarahkan oleh Nazir Jamaludin untuk produksi Ansar Creative Media. Skripnya pula ditulis oleh Azlina Din dan Azilah Wahab.

Antara pelakon yang terlibat adalah Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry dan Fify Azmi. Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Sherie Merlis, Nafiz Muaz, Sahronizam, Marissa Yasmin dan Dilla Ahmad.

Ditambah pula dengan pelakon berpengalaman seperti Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal dan Izuan Razali.

Tak sabar sebenarnya nak tengok drama ini sebab aku dah tengok teaser dia pun sangat menarik untuk ditonton. jangan lupa tau mulai 13 januari ini !

selamat menonton! 


إرسال تعليق

أحدث أقدم