"

Sinopsis Drama Shakira (Slot Akasia TV3). Hai korang, hari ini aku nak kongsikan pasal drama baru ni. Drama yang dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar ini  akan mula ditayangkan pada 5 Januari 2022. Untuk yang tak tahu, drama ini juga akan menggantikan drama kisah cinta kita yang telah selesai tayangannya. Berikut merupakan Sinopsis Drama Shakira untuk bacaan anda.


Sinopsis Drama Shakira (Slot Akasia TV3)


Sinopsis Drama Shakira (Slot Akasia TV3)

Kami kumpulkan sinopsis drama shakira ini untuk anda. Drama ini mengisahkan mengenai seorang gadis muda bernama shakira. Dugaan hidup dia tidak seperti orang lain yang seusia dengan dia.

Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej selepas kakaknya mengalami gangguan mental. Atas sebab itu jugalah dia menjadi buskers sepenuh masa untuk mencari rezeki.

Pengorbanan shakira memang hebat, namun ada yang tidak suka dengan gadis ini. Siapakah dia? jangan lupa tonton di tv 3!

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Info Drama.

Bagi yang tak tahu, drama ini mempunyai 28 episod kesemuanya dan akan disiarkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 7 malam.

Pengarah bagi drama ini pula adalah Idora Abdul Rahman untuk produksi Wiranusa Corporation. Antara pelakon yang terlibat adalah Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar dan Syerinie Myra.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Ramona Zamzam, Edika Yusof, Ikhwan Khairudin, Marisa Yasmin dan Melissa Wafa.

Janna Nick pula membawa watak sebagai Shakira dan Shukri yahaya pula membawa watak sebagai Amir. Penyanyi Khai Bahar pula sebagai Irdi dan Syerinie Myra sebagai Anita.

Tak sabar nak tengok drama lakonan pelakon-pelakon hebat ni kan. Jangan lupa untuk tonton drama shakira ini mulai 5 januari 2022 tau!

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post