Sinopsis Drama Cinta Amnesia (TV3)

Sinopsis Drama Cinta Amnesia (TV3). Korang rindu drama lakonan Riena Diana tak? Haa, ini drama baru bergenre komedi lakonan Riena dan juga Zynakal. Sebenarnya drama ini ditayangkan di TV3 tetapi korang boleh juga tonton secara online di saluran viu. Macam mana agaknya jalan cerita drama koemdi ini ya? kalau korang nak tahu, jom baca ringkasan Drama Cinta Amnesia di bawah ini. Ramai cakap best cerita ni tau.  


Sinopsis Drama Cinta Amnesia (TV3)



Untuk tahun 2023 ini, drama menarik ini sekali lagi diulangsiarkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.30 petang di saluran tv3 ya. kalau korang terlepas, boleh tonton semula cerita ni pada waktu siaran tersebut ya.

Sinopsis Cinta Amnesia (TV3)

Korang yang dah tengok cerita ni mesti nak tahu sinopsis drama cinta amenesia ni kan. Drama 13 episod ini mengisahkan tentang Laura. Dia ni seorang gadis yang berangan nak hidup mewah dan terkenal.

Jadi dia harap yang dia dapat berkahwin dengan lelaki kaya yang bernama Idham. Akhirnya mereka berkahwin, tapi sayang, perkahwinan mereka gagal.

Akibat terlalu malu, Laura berlakon hilang ingatan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Tapi persoalannya sekarang ini sampai bila dia nak berlakon hilang ingatan.

Adakah orang sekeliling dia tahu mengenai lakonan dia itu? jom kita tengok drama ini di tv3. 


Info dan Pelakon

Bagi yang terlepas, drama ini telah mula ditayangkan sejak 12 febuari 2022 dan di tayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9 malam.

Drama yang di arahkan oleh Heykal Hanifah ini skripnya ditulis oleh Adza Emie dan Siti Solehah Abd Ghani.

watak-watak yang dilakonkan dalam drama cinta amnesia ini adalah Riena Diana sebagai Laura Madeena. Zynakal pula sebagai Huzair dan Jasmin Hamid sebagai Puan Liala.

Selain itu, kita juga ada Bell Ngasri sebagai Latef dan Anas Ridzuan pula membawa watak sebagai Leon. Pelakon Nadzmi Adhwa pula sebagai Lukeman dan Faezah Elai sebagai Julia.

Tambahan pula kita ada Shaz Jazlee dalam drama ini.

Tak sabar nak tahu kesudahan drama ni sebabnya jalan cerita dia sangat ringan dan menarik untuk ditonton. Korang boleh layan di TV3 jer tau.. Senang jer.

Selamat menonton.


إرسال تعليق

أحدث أقدم