Sinopsis Drama Honeymoon (Tv3). Korang mesti tak sabar nak tengok drama lakonan Ben Amir dan Zara Zya ni kan. Bagi yang tak tahu, drama ini di adaptasi dari novel bertajuk Honeymoon yang ditulis oleh Nurhayati Ishak. Korang kenalkan dengan penulis novel ni. Tapi persoalannya macam mana pula dengan jalan cerita drama ni? best macam novel tak? kalau nak tahu, jomlah baca sinopsis drama honeymoon yang kami dapat ini dibawah ya.  


Sinopsis Drama Honeymoon




Sinopsis Drama Honeymoon Lakonan Zara Zya dan Ben Amir (Tv3)

Drama Honeymoon ini mengisahkan mengenai Moon dan Ilham. Mereka berdua ini mempunyai perbezaan watak yang sangat ketara. seorang bersaiz xxl tetapi perangainya pula lurus bendul dan banyak cakap.

Seorang lagi pula penuh dengan rahsia dan sangat pendiam. Namun, rezeki tuhan mereka bertemu secara tidak sengaja. 

Moon di jodohkan dengan ilham tanpa mengetahui siapakah tunangannya itu. sehinggalah mereka terserempak di tepi sungai. Ilham pun tak kenal moon lagi waktu itu.

Bagaimana ilham boleh jatuh hati dengan gadis lurus bendul macam moon tu eh? tak kira saiz lagi tapi dia tetap menyukai gadis tersebut.


Sinopsis Drama Honeymoon

Selepas berkahwin, hubungan rumah tangga mereka bergolak apabila ilham terlalu sibuk dengan kerjanya. Maka, moon pula geram dengan perangai ilham dan mahu membalas dendam terhadap suaminya itu.

Moon mula bermasam muka dan tidak mahukan ilham lagi. Ilham pula terkejut dengan perangai moon. Perangai mereka yang betul betul kontra menyebabkan hubungan mereka sukar untuk di selamatkan.

Namun, Ilham mahu meminta maaf dengan moon. Dapatkah dia kembali kepada isterinya itu? sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini.

👇👇

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!


Info Drama Honeymoon.

Dalam drama ini, Zara zya membawa watak sebagai moon. manakala Ben Amir sebagai ilham dan wanns ahmad sebagai jiman. Selain itu, kita juga ada pelakon lain seperti Hanna Aqeela, Dynas Mokhtar, Rashdan Baba dan Fazlina Ahmad Daud.

Bagi yang tak tahu, drama ini hanya mempunyai 20 episod sahaja dan dijangka ditayangkan dalam tahun 2022 ini. 

Drama ini juga di arahkan oleh Pali Yahya untuk produksi Mache All Star United Sdn Bhd.

Sekarang ni pun ramai tak sabar nak tengok drama lakonan zara zya ni kan. takpa sabar jap! nanti kami kemaskini tarikh tayangnya ya. 

sebelum tu, jom kongsikan sinopsis drama honeymoon ini di facebook korang ya.

 

Post a Comment

أحدث أقدم