Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria)

Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria) lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli. Ini juga merupakan sebuah drama baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Bagi yang tak tahu, drama ini merupakan drama adaptasi dari Novel yang ditulis oleh Siti Rosmizah tau. Mesti jalan cerita dia menarik kan. Kami turut kongsikan sinopsis drama jangan menangis cinta di bawah ini untuk korang faham jalan cerita drama ni. Nanti senanglah nak tengok kan.


Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria)


Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria)

Macam mana agaknya sinopsis drama jangan menangis cinta ni kan. Sebenarnya, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang lahir dalam keluarga sederhana yang bernama Riyana. Dia ini seorang pelajar yang sangat bijak dan kini sedang belajar di universiti di dalam negara.

Satu hari Riyana bertemu dengan seorang jejaka bernama Zafran Zahim dan sejak itu hidupnya berubah menjadi huru hara.

Nak dijadikan cerita, Riyana berkahwin dengan Zafran namun riyana tidak bahagia. Pada masa yang sama dia juga membenci suaminya itu dan juga ibu mertua dia pun tidak suka dengan riyana.


Tapi walaupun benci, lama kelamaan dia mula kasih dan jatuh hati dengan zafran. Begitu juga dengan zafran yang lembut hatinya mula mencintai riyana.

Ketika cinta mula berputik, mula tiba pelbagai dugaan yang menggoncangkan kembali ikatan keluarga mereka.

Dapatkah Riyana dan Zafran mempertahankan keluarga dan rumah tangga mereka? Sama-sama kita saksikan di Astro Ria nanti.


INFO Drama Jangan Menangis Cinta.

Bagi aku drama ini agak panjang kerana dia mempunyai 40 episod dan dijangka akan ditayangkan pada bulan Mac 2022 nanti.

Drama ini juga dijangka akan mengambil slot Megadrama dan ditayangkan pada setiap hari sinin hingga khamis  pada jam 10 malam.

Oh ya, aku nak bagitau pengarah dia adalah Raja Mukhriz dan skripnya pula di tulis oleh Wan Mahani Wan Hassan untuk produksi SR One.

Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Remy ishak yang membawa watak sebagai Zafran. Kemudian Amyra Rosli sebagai Riyana. Manakala pelakon Halim Radzi sebagai Hariz dan Rita Nadira sebagai Dina.

Selain itu, kita juga ada pelakon lain seperti Khaty Azian, Fadilah Mansor, Ku Fridah, Rahim Jailani, Atilia Haron, Hawra dan Hilal Azman 

Aku pun tak sabar nak tengok cerita ini sebabnya ada remy ishak dalam drama ni. hehehe.Korang pun jangan lupa tengok drama jangan menangis cinta ini di astro ria nanti.

Selamat menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post