Sinopsis Drama Tetuan Ang dan Rahimin (Astro Ria)

Sinopsis Drama Tetuan Ang dan Rahimin (Astro Ria). Ini merupakan drama peguam! Ia mengisahkan tentang kehidupan perjalanan peguam ketika perbicaraan kes berlangsung. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Rashidi Ishak, Daiyan Trisha dan juga Ben Amir. Sebenarnya drama ini telah pun mula ditayangkan sejak 14 Februari 2022 lagi. Kalau korang nak tengok, boleh tonton di Astro Ria. Berikut merupakan sinopsis drama tetuan ang dan rahimin untuk bacaan anda. 


Sinopsis Drama Tetuan Ang dan Rahimin (Astro Ria)


Sinopsis Drama Tetuan Ang dan Rahimin (Astro Ria)

Aku tahu, jarang ada drama pasal peguam di Malaysia nikan. Jadi kami kongsikan sinopsis drama tetuan ang dan rahimin untuk korang lebih faham jalan cerita dia ya. 

Drama ini menceritakan mengenai sebuah syarikat guaman yang hampir muflis kerana mereka menerima tawaran ketua samseng untuk melindungi pergerakan kumpulan samseng berkenaan. 

Syarikat guaman ini di miliki oleh Ang dan Rahimin. Dalam syarikat mereka ini ada seorang gadis cantik yang juga merupakan peguam muda yang baru mula bekerja. Tetapi disebabkan syarikat mereka dalam masalah, Budi juga turut terkena tempiasnya.

Ang pula selalu menolak kes yang boleh menyebabkan dia beraksi di dalam mahkamah sebabnya dia ada trauma mengenai kes yang berlaku keatasnya satu ketika dahulu.

Rahimin pula asyik ambil kes mudah jer, dia tak suka lalui perjalanan kes mahkamah yang panjang.

Karina pula bekas pekerja ang dan rahimin, dia ni memang sangat power dan orang cakap cemerlang lah, tapi sekarang dia dah kerja dekat tempat lain. Sebab itulah, syarikat ang dan rahimin ni ada masalah lepas kehilangan pekerja hebat seperti karina.

Satu hari, Rahimin mendapat offer dari Shaukie untuk kerja dengan dia secara VIP! Bayaran dia pun masyuk.

Rahimin fikir, duit upah yang dia dapat tu, boleh digunakan untuk syarikat. Jadi dia nak terima. Ang pula berat hati sebab Shaukie tu merupakan ketua samseng.

Takut banyak masalah pula yang akan timbul selepas ni. Rupanya sangkaan mereka tepat.

Korang nak tahu apa jadi dekat syarikat guaman ini? kalau nak tahu, kenalah tengok full episod drama ini. kalau tidak mesti terlepas punya lah.

itu sahaja sinopsis drama tetuan ang dan rahimin untuk bacaan anda. selebihnya kena tengok di astro ria!

Info drama tetuan ang dan rahimin

Drama ini hanya mempunyai 20 episod dan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 11 malam di Astro Ria. 

Bagi yang tak tahu, drama menarik ini di arahkan oleh wan alauddin dan wan hasliza untuk produksi KL Motion Picture.

Aku suka jalan cerita drama ini, rupanya ia merupakan idea asal wan hasliza wan zainuddin tau. patutlah best.

Watak-watak dalam drama ini.

Pelakon Ben amir membawa watak sebagai Rahimin, Rashidi ishak sebaga Azlan Ang dan Daiyan Risha pula sebagai Budi.

Dalam drama ini, kita juga ada pelakon Anita Baharom sebagai Salmah dan pelakon Ellyas Abdullah sebagai Shaukie.

Antara pelakon lain yang ada dalam drama ini adalah  Shahril Sarjen, Nurkamelia Mustaffa, Hydar Hasanudin, Muhammad Taufiq Azhar, Ieka Zulkifli dan Anna Melissa.

Aku boleh katakan drama ini ada macam drama korea sikit tapi masih ada identiti Malaysia dalam cerita ni. 

Selamat menonton!

Post a Comment

Previous Post Next Post