Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang (TV9)

Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang (TV9). Sebenarnya drama ini sedang ditayangkan di saluran TV9 tau. Drama baru yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz dan Qi Razali. Korang rasa drama ni best tak? Kalau nak tahu, jom baca sinopsis drama tumpang lalu bang di bawah ini ya. 


Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang (TV9)


Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang (TV9)

Jom baca sinopsis drama tumpang lalu bang ini. Drama ini mengisahkan tentang Nizam yang merupakan seorang jejaka yang telah meminati seorang gadis yang bernama Sofiah. Ini dikira macam cinta pandang pertama tau.

Sofiah pula tidak minat sebab dia hanya nak melayan bakal suaminya sahaja dalam kata lain, setakat nak kenal-kenal ni dia tak layan. 

Selepas beberapa ketika, akhirnya  Sofiah terbuka hati untuk berkenalan dengan Nizam. Tapi Nizam juga perlu mendapatkan restu dari keluarga sofiah pula. ini yang menyukarkan Nizam.

Tonton Episod penuh


       

Ibu dan ayah sofiah tak kisah dengan harta tapi syarat untuk nizam tunaikan adalah dia kena mendapatkan restu dari 5 abang sofiah ni. 

Abang Sofiah terdiri daripada Sufian, Sobri, Syahrin, Syamil dan shuib. Diorang ni sangat menjaga adik perempuan mereka tu. jadi Nizam kenalah bodek bakal abang-abang ipar dia. hehe.

Nizam terima cabaran itu, namun terjadi perkara lain pula. Ibu Sofiah menjadi dalang untuk memastikan Nizam gagal. 

Dapatkah Nizam memenangi hati keluarga Sofiah? Sama-sama kita tengok sampai habis drama ni tau.

Info Drama Tumpang Lalu Bang.

Bagi yang tak tahu, drama ini mempunyai 28 episod kesemuanya dan mula ditayangkan pada 2 Febuari 2022 tau. Drama ini di arahkan oleh Eoon Shuhaimi untuk tayangan di TV 9. 

Waktu tayangan drama ini pula  pada Isnin hingga Khamis pada jam 8.30 malam.

Dalam cerita ini, tomok membawa watak sebagai Tomok sebagai Nizam. Kemudian Kilafairy pula sebagai Sofiah dan Black Hanifah sebagai Sobri.

Selain itu, kita ada pelakon Aidil Aziz sebagai Sufian dan Raja Afiq pula membawa watak sebagai Syahrin.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Afzan A.Rahman, Danial Dashuki dan Dalimawati. Selain itu, kita ada juga Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Farez Ridzwan dan yang terakhir adalah Syamim Farid.

Ingat tau! jangan lupa untuk tonton drama best ini di saluran TV 9. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post