Sinopsis Drama Ulya dan Dini (Astro Ria), Hun Haqeem pikat Shaza Bae. Drama baru ini ditayangkan di Astro Ria sejak 14 Februari 2022 yang lalu. Antara pelakon utama cerita ini adalah Hun Haqeem dan juga Shaza Bae. Dengar cerita ramai yang tengok drama ni, betul ke? Mesti jalan cerita dia best dan menarik kan. Bagi korang yang belum tahu, jom baca Sinopsis Drama Ulya dan Dini yang kami sediakan untuk korang ni ya. 


Sinopsis Drama Ulya dan Dini (Astro Ria)

Sinopsis Drama Ulya dan Dini (Astro Ria)

Untuk sinopsis drama ulya dan dini ini, aku nak kongsikan jalan cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ulya. Dia ni dulu mempunyai badan besar dan kerap menjadi mangsa buli kepada Lin yang merupakan anak kepada umi Yana.

Selepas kematian bapanya, Ulya pergi ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajarannya. Sejak berada di sana, hidupnya berubah dan dia berjaya menurunkan berat badan dia. Lepas tu dia menjadi influencer gaya hidup atau lifestyle influencer.

Tetapi follower Ulya tak tahu yang dia ada masalah Bulimia dan serangan panik secara tiba-riba. Selepas berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda di Amerika, Ulya terpaksa pulang ke Malaysia sebab nak tolong ibunya menjual rumah mereka.

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Walaupun, dia malas nak balik sebab ibu dia bukan jaga dia dan adik dia sangat pun tapi dia tetap balik ke Malaysia.

Bila dah balik tu, dia terjumpa pula dengan Lin, gadis yang membulinya dulu. Lepas tu dia juga beremu dengan Hamdan dan Dini yang merupakan kawan baiknya dulu.

Hamdan kawan baik Ulya, kini dia pula yang semakin berisi badannya. Lepas itu, Ulya cuba tolong Hamdan untuk kembali kurus seperti dulu.

Dalam pada itu, banyak konflik yang berlaku dan ia juga menyebabkan ulya lebih rapat dengan Dini iaitu Abang kepada Hamdan.

Apakah kesudahan kisah cinta dan persahabatan Ulya, Dini , Hamdan dan Lin ini? Jangan lupa untuk saksikan di Astro Ria tau. 

Info Maklumat Drama Ulya dan Dini.

Seperti yang korang dah tahu, drama ini mula ditayangkan sejak 14 Februari 2022 dan di tayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam.

Drama ini diarahkan oleh Tam Suhaimi untuk produksi Global Station tau. Antara pelakon lain yang terlibat pula adalah seperti Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz dan Fara Nadiah.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal dan Shamielya Shamsul.

Ditambah pula dengan kehadiran pelakon seperti Emerlia Feronika, Farra Zainuddin, Shah Faris, Lieza Kowangit, Fifi Zariq, Danish Iskaandar, Nurul Fathiah, Farisya Adriana, Anis Atiqah, Zailin Aqeesha dan Zulkifli Sudin

Senarai watak dalam drama ini...

Watak dalam drama ulya dan dini ini pula adalah pelakon Shaza Bae melakonkan watak sebagai Ulya dan pelakon Hun Haqeem sebagai Dini. Pelakon Afiq Muiz pula menjayakan watak sebagai Hamdan.

Pelakon Fara Nadiah membawa watak sebagai Najwa dan begitu juga dengan pelakon Syazlin Zainal sebagai Lin.

Pelakon hebat Catriona Brian Ross sebagai Ummi Yana dan Che Kem sebagai Encik Zaim. Manakala, Noralbaniah sebagai Mak.

Tak sabar nak tahu kesudahan kisah cinta ulya dan dini kan. Selamat menonton!

Post a Comment

Previous Post Next Post