Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati (Astro Prima)

Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati (Astro Prima). Drama yang menjadi bualan ramai ini menghampiri penghujungnya. Setakat ini sudah disiarkan hampir seratus lebih episod dan masih dalam tayangan di saluran Astro prima. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Amar Baharin dan Isyariana. Drama menarik ini diarahkan oleh Riza Baharuddin, dan merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd. 


Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati (Astro Prima)




Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati (Astro Prima)

bagi yang nak tahu sinopsis drama hati yang dikhianati ini, jom sambung baca di bawah ini .

Setelah pemergian bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 

15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.

Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. 

Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. 

Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar.

Mereka berpindah ke sana kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri ditempuh ranjau.

Perhubungan Elyas dan Lisa yang terus diduga. Kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. 

Kemunculan Tasya yang cuba mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula mengubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka.

 Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan. Azran, seorang lelaki misteri yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria sekaligus membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.


Konflik mula berlaku apabila Lisa mengetahui Elyas pernah mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya, Maria sebelum ini. 

Lisa semakin benci melihat Maria terus berpura-pura di depan Iskandar sedangkan wanita itu telah mengkhianati kepercayaan abangnya dan Lisa juga tidak dapat memaafkan perbuatan Elyas. 

Elyas pula sudah insaf dan walaupun apapun yang berlaku dugaan yang dihadapi, dia tidak mahu berpisah dengan Lisa. 

Dalam masa yang sama, ibu Elyas iaitu Pn. Sarimah tidak bersetuju dengan pendirian Elyas selepas mengetahui apa yang berlaku antara anaknya dengan Maria dan Lisa. Puan Sarimah mahu Elyas kembali semula kepada Tyra yang merupakan bekas tunang Elyas. 

Maria juga mempunyai agenda sendiri untuk memastikan Elyas tidak bersatu semula dengan Lisa. Kehadiran Azran iaitu bekas kekasih Maria dan Tasya iaitu peguam dan anak kepada Delia merumitkan lagi keadaan selepas kehilangan Lisa di Sarawak. 

Dapatkah Elyas bersatu semula dengan Lisa atau sebaliknya?

Info drama

Drama ini mempunyai 146 episod kesemuanya dan setakat 2 mac 2022 drama ini telah menayangkan 134 episod.

Disiarkan juga pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 6 petang di saluran astro prima. korang yang layan drama ni mesti tak sabar nak tahu ending dia kan.

Sabar! sikit jer lagi nak habis. hehehe

إرسال تعليق

أحدث أقدم