Sinopsis Drama Kerana Dia Suka (TV3)

Sinopsis Drama Kerana Dia Suka (TV3). Ini merupakan sebuah drama baru  yang menggantikan drama cinta amnesia yang telah selesai tayangannya. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah k Fikry Ibrahim dan juga pelakon Rita Nadira. tiba-tiba teringat gandingan dua pelakon ini dalam drama ayahanda dulu kan. hehe. Oh ya, drama ini akan mula ditayangkan pada 9 Mac 2022 ini di saluran tv3. Jom kita baca Sinopsis Drama Kerana Dia Suka dibawah ini. 


Sinopsis Drama Kerana Dia Suka (TV3)


Sinopsis Drama Kerana Dia Suka (TV3)

Bagi yang nak tahu jalan cerita dan sinopsis drama kerana dia suka ini, jom aku ceritakan. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama wardina. Dia ini telah bertunang dengan seorang jejaka bernama Sufian.

Namun hubungan mereka berantakan selepas Sufian ditangkap basah dan Wardina sangat kecewa dengan tindakan tunangnya itu. Kemudian mereka putuskan pertunangan mereka.

Wardina bawa dirinya ke Kundasang bersama teman baiknya iaitu Zaimah. Di sana dia pula bertemu dengan seorang jejaka bernama idham.

Mamat ni pula jenis serabut bagai, Wardina tak suka dengan Idham. Namun lepas tinggal lebih lama di sana, dia mula jatuh hati dengan Idham.

Tapi idham pula bagitahu yang dia sudah bertunang. Wardina kata tak apa ke kalau tunang idham nampak mereka keluar berdua. 

Idham pun mula buka cerita yang dia rasa pertunangannya itu tidak seperti bertunang. Dia juga rasa tidak dihargai oleh tunangnya.

Selepas beberapa ketika, cinta sudah mula bersulam, idham beritahu wardina yang dia nak putuskan pertunangannya dengan tunangnya itu. 

Wardina terkejut namun pada masa yang sama dia seronok kerana dia tidak menggangu perhubungan orang lain. 

Dapatkah wardina menawan hati mamat serabut si idham ni? Kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis drama ni! 

Info Drama

Seperti yang aku dah bagi tahu, drama ini akan mula ditayangkan pad 9 mac 2022 dan akan ditayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9 malam.

Drama yang diarahkanoleh Kyoll Hamzah ini turut dibintangi oleh pelakon seperti Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Halmey Hamdah, Nadia Kesuma dan Zain Saidin.

Dalam cerita kerana dia suka ini, pelakon Fikry Ibrahim melakonkan watak sebagai Idham, manakala Rita Nadira sebagai Wardina. Seterusnya pelakon Trisha Ooi sebagai Zaimah dan pelakon Fendi London sebagai Haji Budin.

Selain itu kita juga ada pelakon Riz Amin sebagai Ijol dan pelakon hebat Nasha Aziz sebagai Seha

Jangan lupa untuk tonton keseluruhan episod drama ini di tv 3 !


إرسال تعليق

أحدث أقدم