Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang (TV3)

Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang (TV3). Sebuah drama baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Fadlan Hazim dan juga Ruhainies tau. Mesti best jalan cerita dia. Bagi yang tak tahu, drama ini juga merupakan drama yang di adaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Wazrul Shah. Macam mana agaknya kesudahan cerita ni ? jom kita baca Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang untuk anda di bawah.  


Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang (TV3)


Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang (TV3)

Bagi yang nak tahu sinopsis drama sayang tak dikenang ini, boleh sambung baca ya. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ayu Izzhani dan juga seorang jejaka bernama Raqib.

Kedua-dua mereka bertemu secara tidak sengaja di sebuah pesta buku yang berlangsung di PWTC. Kemudian mereka berdua pun bertunang.

Hattin pula merupakan sahabat baik kepada Ayu. Dia telah berjumpa dengan kekasih hatinya iaitu Tafzani.

Kisah Hattin pula dia sebelum ini tidak terbuka hati untuk bercinta namun kehadiran tafzani membuka kebali sinar dalam hidupnya.

Peristiwa hitam yang dialami hattin membuatkan dia sukar untuk jatuh cinta sebelum ini.

Hubungan Hattin dan kawan baiknya Ayu tiba-tiba diuji.

Pada masa yang sama, Erick yang menyukai ayu dalam diam kini muncul untuk mendapatkan ayu kembali.

Tafzani pula pada awalnya nampak baik tetapi mempunyai agenda untuk menjarakkan hubungan persahabatan di antara ayu dan hattin.

Mampukah ayu dan hattin kekal bersahabat sehingga akhirnya? Kalau nak tahu, kenalah tengok drama ni nanti.

Info Drama Sayang Tak Dikenang..

Drama ini hanya mempunyai 28 episod dan dijangka akan mula ditayangkan pada 4 Mac 2022 tau. Setahu aku, Drama ini akan mengambil slot akasia bagi menggantikan drama 3 nota cinta. 

Pengarah cerita ini adalah Feroz Kader dan skripnya pula di tulis oleh Shida Zali, Amin Shakib dan Mia Marziah.


Watak Pelakon Sayang Tak Dikenang..

Dalam cerita ini, pelakon Fadlan Hazim membawa watak sebagai Raqib Tafzani dan Ruhainies pula sebagai Ayu Izhani.

Kemudian pelakon Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella dan pelakon Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia.

Selain itu, kita juga ada pelakon Andy Teh sebagai Erick dan kemudian pelakon Sera Melissa sebagai Amalin.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Riz Amin, Meor Mohd, Mimie Amirah, Jasmine Ashraff , Kak Girl

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post